Pada bahagian ini, guru boleh memilih bahan yang sesuai yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru-guru juga boleh menggunakan kesemua bahan pengajaran ini mengikut kesesuaian aras dan tahap murid
Pada bahagian ini, guru boleh memilih bahan yang sesuai yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru-guru juga boleh menggunakan kesemua bahan pengajaran ini mengikut kesesuaian aras dan tahap murid
Guru boleh muat turun bahan pengajaran maujud di butang berikut untuk menjadikan pembelajaran murid lebih menyeronokkan
Teknik nyanyian adalah kaedah berkesan untuk mengajar huruf vokal kerana ia menyeronokkan dan mudah diingat. Melalui lagu, kanak-kanak lebih fokus, dapat menghafal huruf vokal dengan cepat, serta meningkatkan sebutan yang betul.
Video penerangan huruf vokal ialah bahan pembelajaran interaktif yang membantu murid-murid mengenali dan memahami huruf vokal A, E, I, O, U dengan lebih mudah. Video ini mengandungi elemen visual berwarna-warni, animasi menarik, dan sebutan yang jelas untuk menarik perhatian murid.
Mengisahkan perjalanan Hana di sebuah taman bunga yang penuh dengan keindahan alam. Sepanjang perjalanan, Hana bertemu dengan huruf vokal A, E, I, O, U, yang diperkenalkan satu persatu dalam bentuk animasi menarik.
Berikut merupakan nota huruf vokal dalam bentuk buku digital yang disusun secara kreatif dan interaktif untuk membantu kanak-kanak mengenali serta memahami huruf vokal dengan lebih mudah. Buku digital ini mengandungi penerangan yang jelas, ilustrasi berwarna-warni, contoh perkataan menarik, serta aktiviti yang menyeronokkan.