Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.r.t dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, setiap Jabatan di Kolej Vokasional Gerik telah berjaya menyiapkan Student’s Handbook. Perkara-perkara yang dimuat di dalam buku ini diharap dapat memberi informasi yang positif kepada pelajar-pelajar selaras dengan matlamat, visi dan misi kolej. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Student’s Handbook ini. Informasi yang dimuatkan amat berguna sebagai rujukan pelajar-pelajar sepanjang berada di kolej ini.
Selain daripada itu, dalam usaha membangunkan modal insan, kolej memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat ini, para pelajar perlu mengamalkan cara hidup dan perancangan masa yang efektif serta mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan bersahsiah tinggi.
Akhir kata, saya mengharapkan agar Student’s Handbook ini menjadi rujukan berguna pelajar untuk merancang masa dan aktiviti harian dan aktiviti jangka panjang serta mendapatkan maklumat awal bagi membuat pengurusan diri pada masa kini dan akan datang.
Sekian, terima kasih.
Ketua Jabatan,
Kolej Vokasional Gerik