Diploma Teknologi Pembinaan

PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan. Latihan yang diberikan merangkumi kerja-kerja asas pembinaan bangunan bermula dari kerja-kerja merancang dan menyediakan pelan, anggaran bahan, penyediaan tapak binaan, kerja-kerja pembinaan termasuk kerja-kerja arkitek, mekanikal dan elektrikal sehinggalah kerja-kerja penyudahan dan penyerahan bangunan. Lulusan kursus ini akan menerima Diploma Teknologi Binaan.


Di semester 4, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 6 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.


TEMPOH PENGAJIAN

4 Semester Dan 6 bulan OJT


KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori



PELUANG KERJAYA:

Pelatih yang tamat dengan jayanya mempunyai peluang yang cerah untuk bekerja di sektor pembinaan sebagai Penyelia Tapak Binaan.