Tentang Kami

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Awam menawarkan satu program iaitu Teknologi Pembinaan.

Misi utama Jabatan Teknologi Awam adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa professional dalam bidang Teknologi Awam bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan Awam bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara dalam sektor awam dan swasta.

Jabatan Teknologi Awam mempunyai bengkel dan makmal yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan terkini disediakan untuk pelajar-pelajar membuat latihan amali bagi meningkatkan ketrampilan dan memperdalamkan lagi kefahaman pelajar dalam bidang masing-masing.

Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan termasuklah kursus-kursus profesional, School Enterprise, mesyuarat dan program kebajikan bagi memenuhi visi dan misi jabatan.

Jabatan Teknologi Awam sentiasa menitik beratkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah pelajar melalui program-program, bengkel-bengkel dan kem kepimpinan yang telah dijalankan.


VISI

"Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul"

MISI

"Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti"


MATLAMAT


Matlamat program Diploma Teknologi Pembinaan ialah untuk membentuk Penyelia Tapak Bina yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.