3.1.1 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
STANDARD KUALITI (STAK)
Ketetapan pelaksanaan kurikulum dibuat secara sistematik.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
Membuat ketetapan berkaitan pengurusan mata pelajaran dengan mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta membuat tindakan susulan dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, jelas, mengambil kira keperluan sekolah dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa.
3.1.2. Pengurusan Mata Pelajaran
STANDARD KUALITI (STAK)
3.1.2.1 Keperluan pelaksanaan mata pelajaran diurus secara sistematik.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
Mengurus keperluan pelaksanaan mata pelajaran dengan memperoleh dokumen terkini, menyelaras penyediaan RPT dan RPH, pentaksiran, tugasan dan latihan, menganalisis dan memanfaatkan data dan maklumat pentaksiran dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, berdasarkan keperluan pelaksanaan kurikulum dan secara menyeluruh.
STANDARD KUALITI (STAK)
3.1.2.2 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme yang berkaitan dengan mata pelajaran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada keperluan guru, perkembangan pendidikan semasa dan secara berterusan.
STANDARD KUALITI (STAK)
3.1.2.3Program peningkatan pencapaian murid diurus secara terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
Merancang dan melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada isu pembelajaran, mengambil kira tahap keupayaan murid, secara menyeluruh dan berterusan.
STANDARD KUALITI (STAK)
3.1.2.4 Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara optimum.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
Merancang dan melaksanakan pembelian, merekod dan menggunakan inventori/bahan habis guna berkaitan mata pelajaran mengikut prosedur yang ditetapkan, berdasarkan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.
3.1.3.1 Pengurusan Masa Instruksional
STANDARD KUALITI (STAK)
Masa pelaksanaan PdP diurus secara terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
Menyediakan pelbagai jadual waktu, melaksanakan PdP seperti yang dijadualkan, menyusun semula jadual waktu dan menyelaras program sekolah mengikut ketetapan, keperluan dan menyeluruh.
3.1.4.1 Pengurusan Penilaian Murid
STANDARD KUALITI (STAK)
Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara sistematik dan terancang.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
Merancang, menyelaras dan melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat serta mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.