Kemahiran Pembelajaran PAK21 secara tidak langsung telah diberi perhatian oleh KPM bagi mencapai tujuan PPPM ke arah melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal. Menurut kajian yang dijalankan oleh D’Andrea dan Daniels (2002), mendapati bahawa standard pelajar di abad ke-21 adalah memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian.
Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itu juga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah.
Profesion perguruan bertanggungjawab dalam memastikan dasar dan sistem pendidikan berupaya untuk merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu FPN juga memberi penekanan kepada kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), sejajar dengan kemahiran baru seperti sains dan teknologi, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal .
Bagi mencapai dan merealisasikan hasrat ini, KPM telah membangunkan satu gagasan pendidikan atau Blueprint mengenai hala tuju pendidikan negara sehingga tahun 2025, yang dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). PPPM memberi penekankan terhadap mentransformasi pendidikan negara dengan menggariskan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid, yang ditunjangi oleh sebelas anjakan utama.
Antara anjakan yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah seperti kesamarataan akses dalam pendidikan bertaraf antarabangsa, melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah dan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Kesemua aspirasi tersebut dan sebelas anjakan yang dihasratkan akan dilaksanakan dalam tiga gelombang iaitu Gelombang 1, Gelombang 2 dan Gelombang 3.
Melalui PPPM kesamarataan pendidikan kepada setiap murid yang berada di Malaysia, tidak kira di mana kedudukan geografinya, budayanya dan bangsanya, serta sosio ekonominya akan diberi keutamaan. Kualiti pendidikan yang diterima dan yang akan dibangunkan adalah berdasarkan kualiti pengajaran yang berkesan untuk mentransformasi pendidikan ke arah abad ke-21. Justeru itu dalam PPM ini fokus juga terarah kepada usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran sekolah dengan memperkukuhkan amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.
Kemahiran Pembelajaran PAK21 secara tidak langsung telah diberi perhatian oleh KPM bagi mencapai tujuan PPPM ke arah melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal. Menurut kajian yang dijalankan oleh D’Andrea dan Daniels (2002), mendapati bahawa standard pelajar di abad ke-21 adalah memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian.
Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itu juga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah.
Kemahiran-kemahiran PAK21 yang dapat dinyatakan secara umum adalah seperti jadual berikut :-
Jenis Kemahiran
1.Komunikasi
Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan
2.Kepekaan Silang Budaya
Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya
3.Pelbagai Bahasa
Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa
4.Kemahiran Mengurus
Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan konflik
5.Kerja Berpasukan
Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat
6.Kreativiti
Dapat menyumbangkan pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah
7.Keupayaan Untuk Menyesuaikan Diri
Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan
8.Empati
Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka
9.Pengurusan Stress (Relaxation)
Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress
10.Etika Kerja
Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi
11.Disiplin Diri
Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi
12.Tanggungjawab
Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi
13.Pemikiran Diskriminatif
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza
14.Kemahiran Tatabahasa
Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik
15.Kemahiran Analitikal
Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan abstrak
16.Ekonomi & Perniagaan
Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan
17.Kemahiran Matematik
Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan
18.Kemahiran Komputer
Keupayaan untuk menggunakan computer dalam perkhidmatan kaunseling
19.Telekomunikasi
Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling