DOKUMEN PdPc
Pernyataan Standard Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdPc) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan
4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG KRITERIA KRITIKAL Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik STANDARD KUALITI Tindakan : menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa
4.1.1 GURU SEBAGAI PERANCANG Guru merancang pelaksanaan PdPc dgn : i. menyediakan RPH yang mengandungi objektif dan aktiviti pelajaran, ii. menentukan kaedah pentaksiran dlm PdPc iii. menyediakan ABM/BBM/TMK iv. Menetapkan bilik/ ruang/ bengkel/ / makmal / padang sebagai tempat pembelajaran selaras dengan aktiviti pembelajaran
4.2.1 GURU SEBAGAI PENGAWAL KRITERIA KRITIKAL Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang STANDARD KUALITI Tindakan : Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid secara berterusan dalam PdPc
4.2.1 GURU SEBAGAI PENGAWAL Guru mengawal proses pembelajaran dgn : i. mengelola isi pelajaran/ skop pembelajaran yang dirancang ii. mengelolakan masa PdPc selaras dengan aktiviti pembelajaran iii. memberi peluang kepada penyertaan aktif murid
4.2.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL KRITERIA KRITIKAL Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc unutk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang STANDARD KUALITI Tindakan : Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan mengikut kesesuaian dan keperluan, secara berhemah, menyeluruh dan berterusan
4.2.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL Guru mengelola suasana pembelajaarn dgn : i. mengawasi komunikasi murid dalam PdPc ii. mengawasi perlakuan murid dalam PdPc iii. menyusun atur kedudukan murid selaras dengan aktiviti pembelajaran iv. mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
4.3 GURU SEBAGAI PEMBIMBING KRITERIA KRITIKAL Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran Guru membimbing murid secara profesional dan terancang STANDARD KUALITI Tindakan : Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan dan menggabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-sungguh
4.3.1 GURU SEBAGAI PEMBIMBING Guru membimbing murid dgn : i. memberi tunjuk ajar/ panduan menguasai isi pelajaran/ konsep/fakta berkaitan pelajaran ii. Memberi tunjuk ajar /panduan menguasai kemahiran dalam pembelajaran iii. Memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran
4.3.1 GURU SEBAGAI PEMBIMBING Guru membimbing murid dgn : iv. Memandu murid menggunakan/memanfaatkan sumber pendidikan berkaitan pelajaran v. Menggabung/merentas /mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk /unit/tema/ kemahiran / mata pelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran
4.4.1 GURU SEBAGAI PENDORONG KRITERIA KRITIKAL Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran Guru mendorong minda murid dalam aktiviti pembelajaran secara terancang STANDARD KUALITI Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau mengemukakan soalan berkatian isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelejaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan
4.4.1 GURU SEBAGAI PENDORONG Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dgn : i. merangsang murid berkomunikasi ii. merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran iii. mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif iv. Mengajukan soalan/ mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
4.4.1 GURU SEBAGAI PENDORONG Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dgn : v. Mewujudkan peluang untuk murid memimpin vi. Menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran vii.Menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri
4.4.2 GURU SEBAGAI PENDORONG KRITERIA KRITIKAL Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang STANDARD KUALITI Tindakan : Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan
4.4.2 GURU SEBAGAI PENDORONG Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dgn : i. memberi pujian/ galakan terhadap perlakuan positif ii. memberi penghargaan terhadap hasil kerja / idea yang bernas iii. memberi keyakinan dalam mengemukakan soalan /memberi respons iv. prihatin terhadap keperluan murid
4.5 GURU SEBAGAI PENILAI KRITERIA KRITIKAL Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid Guru melaksanakan penilaian secara sistematik STANDARD KUALITI Tindakan : Mengunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan
4.5.1 GURU SEBAGAI PENILAI Guru melaksanakan pentaksiran dgn : i. mengunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc ii. menjalankan aktiviti pemulihan/ pengayaan dalam PdPc iii. Memberi latihan / tugasan berkaitan pelajaran iv. membuat refleksi PdPc v. Menyemak/menilai hasil kerja murid / gerak kerja/ latihan / tugasan
4.6 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF KRITERIA KRITIKAL Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan STANDARD KUALITI Tindakan : Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif yakin dan berhemah
4.6.1 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran dgn : i. memberi respons berkaitan isi pelajaran ii. berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran iii. melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif iv. memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran
4.6.1 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran dgn : v. mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran vi. mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid / isi lokal / global vii. Membuat keputusan / menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pelajaran