1.0 Nama dan alamat berdaftar
1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah.
1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS :
a. Peringkat Kebangsaan: Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya (sebelumnya di Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur )
b. Peringkat Negeri:
c. Peringkat Daerah:
d. Peringkat Sekolah:
e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS dari semasa ke semasa
2.0 Tujuan
Tujuan KRS ini ditubuhkan ialah:
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. (?)
2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.
2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.
2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya
Logo Kadet Remaja Sekolah
3.0 Pengertian Logo
3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
4.0 Bendera
4.1 Warna hijau melambangkan :
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.
4.2 Cogan kata KRS - 'ILMU IMAN AMAL’
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
5.0 Keahlian
5.1 Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.2 Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1.
5.3 KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan.
5.4 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas.
5.5 Ahli KRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain,keahlian asal masih diterima pakai.
6.0 Pakaian Rasmi KRS
6.1 Lelaki
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm)
d. Tali wisel merah.
e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.
f. Spike boot.
6.2 Perempuan
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
d. Spike boot.
e. Tali wisel merah.
*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green (pelajar perempuan Islam)
8.0 Kawasan Kegiatan
8.1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri-negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
8.2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini juga bermaksud Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan Sarawak.
8.3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
9.0 Jawatankuasa
9.1 Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pendidikan Malaysia.
9.2 Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
9.3 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut:
a. Penaung
b. Pengerusi
c. Timbalan Pengerusi
d. Naib Pengerusi
e. Setiausaha
f. Penolong Setiausaha
g. Bendahari
h. AJK yang dilantik
9.4 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:
a. Peringkat Kebangsaan
b. Peringkat Negeri
c. Peringkat Daerah
d. Peringkat Sekolah
9.5 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan:
a. Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
d. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah
f. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah
g. Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang)
h. Bendahari : Dilantik
i. Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan, Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional, Pengarah Institut Aminuddin Baki, Tiga ahli dilantik, Dua Wakil Jurulatih KRS, Dua Wakil Jurulatih TKRS
j. Juruaudit : Dilantik
9.6 Jawatankuasa Peringkat Negeri:
a. Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Pendidikan Negeri
d. Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
e. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum
f. Pen.Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB
i. Juruaudit : Dilantik
9.7.2 Jawatankuasa Peringkat Daerah
a. Penaung : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
b. Penasihat : Pengarah Pendidikan Negeri
c. Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah
d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( SPPK )
e. Setiausaha : Penyelia
f. Pen. Setiausaha : Dilantik
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB
i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri
j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )
9.8 Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa
9.9 Jawatankuasa Peringkat Sekolah:
a. Penaung : Pengarah Pendidikan Negeri
b. Penasihat : PPD
c. Pengerusi : Pengetua
d. Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum
e. Setiausaha : Dilantik
f. Penolong Setiausaha : Dilantik
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS)
i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru
9.10 Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah.
9.11 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.
9.12 Guru KRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah.
9.13 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS
9.14 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS.
10.0 Kewangan
10.1 Setiap ahli KRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00
10.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan kewangan KRS
10.3 Penyata kewangan KRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira, mengikut Perlembagaan serta disahkan oleh penolong pendaftar.
10.4 Dua orang guru yang bukan pemimpin KRS dilantik dalam mesyuarat oleh Penolong Pendaftar sebagai Pemeriksa kira-kira atau Juruaudit.
10.5 Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kewangan KRS dari semasa ke semasa atas arahan penolong pendaftar
11.0 Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan.
Disediakan oleh : Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia