Matlamat
Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-lumba membuat / melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik.
Objektif
Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat
Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian