Tujuan Aktiviti Kawad Kaki:
Melahirkan warganegara yang sihat, cergas, ceria dan cemerlang
Memupuk sikap kerjasama dan saling bantu dalam satu pasukan.
Melatih diri bersifat tabah, sabar, bertolak ansur dan patuh kepada arahan.
Menanam pada diri sifat-sifat kepimpinan iaitu disiplin, tegas, peka, adil, amanah, menepati masa, kreatif dan sebagainya.
Jenis Kawad Kaki dalam KRS
A. Kawad Asas
Pergerakan kawad kaki berdasarkan ketetapan daripada pasukan bandan induk masing-masing yang wajib dipatuhi dan dituruti. Perilaku mengubahsuai pergerakan kawad mengikut cara sendiri merupakan satu kesalahan.
Kawad asas terbahagi kepada 2 elemen iaitu:
Kawad Statik - Pergerakan kawad di tempat berdiri (Contoh : Luruskan Barisan, Pusing Ke Kiri / Kanan)
Kawad Dinamik - Perbuatan kawad dilakukan dengan diiringi pergerakan berjalan (Hormat, Tukar Langkah dan sebagainya)
B. Kawad Formasi
Kawad formasi merupakan elemen pergerakan kawad kaki yang diperkenalkan dalam pertandingan kawad kaki anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Kawad formasi atau juga dikenali kawad senyap lebih menjurus kepada persembahan kawad di mana dalam kategori ini anggota-anggota pasukan dapat mempamerkan kreativiti dan keunikan pasukan masing-masing di samping mengekalkan elemen pergerakan kawad kaki.
Tujuan Kawad Formasi :
Melahirkan anggota KRS yang kreatif dan kritis.
Menggalakkan anggota KRS melaksanakan inovasi melalui aktiviti kawad kaki.
Melahirkan anggota kadet yang berdisiplin dan semangat patriotik yang tinggi.
Membentuk kerjasama dan integrasi dalam pasukan.
Contoh bentuk / corak Kawad Formasi :
Formasi Bentuk Anak Panak
Formasi Bentuk Segi Empat Tepat Segi Empat Sama
Formasi Dalam 4 Barisan
Formasi Bentuk Diamond
Formasi Bentuk Bulatan
Elemen-eleem yang boleh diterapkan dalam kawad Formasi KRS :
Silat
Tari
Senamrobik
Kawad Senjata / Pedang
Tujuan Aktiviti Kawad Kaki
Memupuk nilai murni seperti berdisiplin, sabar, tabah dan bekerjasama
Melatih diri mendengar arahan ketua
Melahirkan murid yang cergas, sihat, kreatif dan inovatif
Sebagai medan perbincangan antara murid
Mempamer kreativiti kumpulan secara sihat
Ciri-ciri Ketua Perbarisan (Ketua Platun)
Bersifat tegas, adil dan saksama
Mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi
Menunjukkan contoh teladan yang baik
Sentiasa berpakaian kemas dan mematuhi peraturan
Sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan semasa
Nilai-nilai Murni dalam Kawad Kaki
Bekerjasama
Peka dan tidak alpa
Saling membantu
Sabar dan tabah
Bahasa Hukuman Kawad Kaki Statik & Dinamik
Bahasa Hukuman Kawad Kaki Statik
Bahasa Hukuman Kawad Kaki Dinamik