PROFIL SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sri Kulim | Sederap Kebersamaan Sinergi Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Sri Kulim | Sederap Kebersamaan Sinergi Kecemerlangan
SEJARAH SEKOLAH
Nama asal Sekolah Kebangsaan Sri Kulim ialah Sekolah Melayu Perempuan Kulim. Ditubuhkan pada tahun 1929. Hanya murid perempuan dalam Pekan Kulim yang diterima untuk belajar di sekolah ini.
Pada tahun 1932, Sekolah ini ditukarkan Namanya kepada Sekolah Kebangsaan Kulim (Perempuan).
Pada tahun 1937, sekolah ini berpindah ke bangunan baharu yang terletak di Kawasan Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu.
Pada tahun 1942, Jepun telah menjajah Persekutuan Tanah Melayu.
Jepun telah memilih untuk menggunakan bangunan ini sebagai markas Tentera Jepun. Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, maka sekolah ini dibuka semula selepas perang.
LOGO SEKOLAH
LOKASI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KULIM
Taman Berlian
09000 Kulim
Kedah Darul Aman
No. Telefon: +604-490 0369
Emel: kba5008@moe.gov.my
Koordinat:5.358927625426478, 100.54647844614671
LAGU SEKOLAH
Putera puteri ayuh semua ke puncak jaya bersama ilmu Itu tujuan yang utama menjadi insan mulia
Ibu bapa kita taat selalu
Tidak lupa jasa guru sekolah ku maju harumlah namamu
Oh tuhan makbulkan doa kami
Putera puteri Sri Kulim mari kita tingkatkan usaha capai
Matlamat pendidikan kita akan terus bersama
Putera puteri Sri Kulim mari kita semua berdikari itulah
Amalan kita Sekolah Kebangsaan Sri Kulim