Unit ICT SK Sri Kulim telah menguruskan Digital Competency Score (DCS) pada 6 September 2023 yang melibatkan murid-murid tahun 6. Urusan menjawab DCS tersebut dilaksanakan di Makmal Komputer SK Sri Kulim. Sesi tersebut telah dipantau oleh Puan Noorhuda selaku penyelaras ICT SK Sri Kulim.
Melalui program tahunan ini, diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ICT dalam kalangan murid SK Sri Kulim.
Pada 6 September yang lalu, Unit Hal Ehwal Murid telah menganjurkan Senamrobik peringkat sekolah yang melibatkan semua warga SK Sri Kulim. Program ini merupakan satu lagi inisiatif Unit HEM dalam menggalakkan murid kekal gaya hidup sihat dan membudayakannya. Dalam program tersebut, pihak sekolah turut mendapat penjaan minuman kegemaran ramai, Milo oleh syarikat Nestle. Program yang berdurasi 2 jam itu mendapat maklumbalas yang baik dalam kalangan warga sekolah.
Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kem Bestari Solat melibatkan semua murid beragama Islam Tahap 1 SK Sri Kulim. Kem ini berlangsung pada 18 Ogos 2023 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari.
Dalam tempoh 4 jam tersebut, murid-murid diberikan pendedahan tentang asas mendirikan solat. Aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan yang membolehkan ustaz dan ustazah bertindak sebagai fasilitator dan memberi bimbingan khusus kepada murid-murid yang terlibat.
Sepanjang kem ini murid-murid tidak sekadar mempelajari teori, sebaliknya murid-murid juga turut menjalankan aktiviti amali dengan pemantauan oleh fasilitator.
Pada 17 Ogos yang lalu, Panitia Sejarah dan Kelab Rukun Negara telah menganjurkan majlis pelancaran bulan kemerdekaan SK Sri Kulim bagi tahun 2023.
Majlis dimulakan dengan gimik pelancaran yang mana tuan Guru Besar bersama beberapa orang guru berarak dengan kereta pacuan 4 roda tiba di tapak perhimpunan sebelum melaungkan MERDEKA! sebanyak 7 kali.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan diakhiri dengan deklamasi sajak patriotik.
Sambutan seperti ini merupakan signifikan dalam menyemarakkan rasa kecintaan kepada negara selain memberi kesedaran kepada anak-anak kecil berkenaan erti kemerdekaan Malaysia.
Pada 9 Ogos yang lalu, Kelab Guru dan Staf SK Sri Kulim telah bergotong-royong menyediakan bubur Asyura bagi tahun 2023. Penyediaan bubur Asyura tahun ini bermula seawal 7.30 pagi dan berjaya selesai pada sekitar jam 12.00 tengah hari.
Sebanyak 700 bekas telah bejaya disediakan dengan menggunakan 4 buah kawah. Agihan dibuat kepada semua murid, guru, AKP, dan kakitangan swasta yang berkhidmat di SK Sri Kulim.
Pada hari yang sama turut berlangsung Ceramah Maal Hijrah bagi semua murid beragama Islam yang bertempat di Dewan Al-Ghazali. Sementara itu bagi murid yang bukan beragama telah diadakan program pendidikan moral di Dewan Al-Marbawi.
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi telah menganjurkan bengkel Ardruino dengan kerjasama Unit ITL Kolej Mara Kulim pada 3 Ogos 2023.
Bengkel ini telah melibatkan seramai 40 orang murid tahap dua dan telah dijalankan di makmal komputer SK Sri Kulim.
Penyertaan aktif dalam kalangan peserta membuktikan bahawa murid SK Sri Kulim berminat dalam aktiviti-aktiviti seumpama ini dan galakkan harus diberikan lagi agar murid-murid mendapat lebih banyak pendedahan seterusnya mendorong mereka untuk menerokai bidang elektronik dan robotik melalui variasi coding.
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa ICT SK Sri Kulim telah membantu menguruskan Ujian Saringan Minda Sihat yang berlangsung dari 23 - 27 Julai 2023.
Ujian ini melibatkan semua murid Tahun 5 dan 6 SK Sri Kulim. Bagi memastikan murid dapat menduduki ujian dengan selesa, pihak sekolah telah menyediakan jadual pengurusan ujian.
Semua murid telah berjaya menduduki ujian tersebut bagi tahun ini.
Pada 23-25 Julai 2023 telah berlangung HIP Carnival yang dianjurkan oleh Kulim Landmark dengan kerjasama PPD Kulim Bandar Baharu.
Beberapa buah acara telah dipertandingkan pada karnival tersebut yang mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan sekolah PPD Kulim Bandar Baharu.
SK Sri Kulim telah menghantar 4 orang murid bagi pertandingan Poetry Recitation dan juga Word Search. Biarpun tidak memenangi pertandingan tersebut, penyertaan ini tetap membanggakan kerana murid-murid SK Sri Kulim tetap memberikan persaingan yang sengit.
Diharapkan lebih banyak penganjuran aktiviti-aktiviti seperti ini bagi membolehkan murid mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang-bidang yang diminati,
Seramai 8 orang murid telah menyertai Program Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Kedah 2023 yang berlangsung pada 20 Julai 2023 di SMK Keladi.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ini padat dengan aktiviti menarik seperti pameran kesihatan, ceramah daripada bekas perokok tegar, ceramah berkaitan bahaya rokok dan vape, permainan roda kesihatan, senamrobik, persembahan choral speaking, drama muzikal dan pemeriksaan kesihatan percuma.
Pada majlis yang sama turut berlangsung penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
Seramai 3 murid SK Sri Kulim telah berjaya memperolehi hadiah saguhati dan sijil penyertaan bagi pertandingan mewarna iaitu Al-Syifa, Nur Irdina Iman dan Insyirah Adnin.
Sementara itu, 5 murid lagi turut menerima sijil penyertaan di atas penglibatan mereka di dalam program ini. Melalui program ini, diharap murid-murid yang hadir dalam program ini dapat menjadi duta kecil dalam menyampaikan info-info berkaitan pencegahan amalan merokok dan penggunaan vape.
Pada 20 Julai 2023, Unit Bimbingan dan Kaunseling turut meneruskan kesinambungan Bengkel Akademik dengan Ceramah Motivasi oleh Haji Che Ahamad bin Daud yang merupakan pakar motivasi dan mantan guru cemerlang Sains.
Sesi Ceramah tersebuh disulami dengan beberapa aktiviti menarik yang dapat memastikan murid memberi tumpuan sepenuhnya terhadap input yang disampaikan.
Ceramah motivasi yang berdurasi 2 jam tersebut memberi peluang kepada murid-murid untuk mendapat tips yang berguna dalam menghadapi cabaran sebagai pelajar.
Pada 17 dan 18 Julai 2023, Unit Kurikulum telah menganjurkan bengkel akademik tahun 6 yang melibatkan 4 panitia bagi subjek teras, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.
Program ini melibatkan semua murid tahun 6 yang merangkumi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan pengukuhan kepada topik-topik mahupun kemahiran yang sukar dikuasai murid.
Melalui bengkel ini, murid-murid turut dapat menjalankan aktiviti secara kolaboratif dan tidak terbatas kepada kelas. Semua guru tahun 6 terlibat secara langsung dalam menjayakan bengkel ini.
Murid-murid yang terlibat juga turut memberikan maklumbalas dan respon yang baik terhadap aktiviti-aktiviti yang berlangsung. Semoga bengkel ini dapat memberikan suntikan motivasi kepada murid-murid tahun 6 untuk mengekalkan momentum penguasaan topik dan kemahiran yang harus dikuasai sebelum mereka menghadapi UASA.
Pada 16 Julai 2023 yang lalu bertempat di Dewan CRC Kulim, telah berlangsung Program Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Kedah. Seramai 40 orang murid tahun 6 yang diiringi 2 orang guru Sains iaitu Puan Noorhuda dan Puan Hasni Harmiza telah menjayakan program tersebut.
Program yang telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang itu amat meriah dengan kehadiran murid-murid sekolah dan warga pendidik. Turut serta didalam majlis tersebut ialah wakil daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Pengarah Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik.
Penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) pada tahun ini adalah bertujuan untuk membudayakan Sains, Teknologi danInovasi (STI) dalam kehidupan rakyat Malaysia. Justeru, untuk tahun ini, MOSTI dan agensi melaksanakan program MSN di seluruh negara melalui penganjuran karnival serta aktiviti dalam talian bagi menarik minat dan penyertaan masyarakat setempat.
13 Julai 2023 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Olahraga MSSDKBB peringkat Zon Kulim yang mana SK Sri Kulim telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah.
Dalam kejohanan kali ini, sebanyak 18 buah sekolah telah terlibat dalam 30 acara yang dipertandingkan. Kerjasama yang baik di antara sekolah-sekolah yang terlibat membolehkan kejohanan ini berlangsung dengan jayanya.
SK Sri Kulim berjaya menggondol gelajaran naib juara dalam kejohanan kali ini dan kejayaan ini lebih bermakna apabila murid tahun 4 Mualim, Ahmad Zafri Amsyar telah dinobatkan sebagai atlet tunas harapan.
Kejayaan yang memberangsangkan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh warga SK Sri Kulim berikutan usaha yang tiada henti oleh barisan kejurulatihan olahraga SK Sri Kulim yang amat komited dalam memberi tunjuk ajar sepanjang proses persediaan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain untuk turut berusaha dalam mencabar potensi diri masing-masing dalam bidang olahraga.
Pada 13 Julai 2023, Unit Hal Ehwal Murid telah menganjurkan Program Hidup Cergas Tanpa Dadah. Beberapa aktiviti telah berlangsung sebagai pengisian program. Antaranya adalah aktiviti mewarna poster, pameran dan ceramah pencegahan dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (cawangan Kulim).
Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang jenis-jenis dadah, kesan pengambilan dadah dan bagaimana cari mencegah daripada melibatkan diri dengan penagihan dadah.
Ianya cukup signifikan memandangkan dewasa ini, aktiviti yang negatif seperti ini kian menular dalam kalangan pelajar berikutan anasir-anasir jahat yang cuba memanipulasikan teknologi terkini dalam menjerat anak-anak muda untuk terlibat dalam gejala yang tidak bermoral ini.
Justeru, melalui ceramah yang disampaikan serta pameran yang menunjukkan jenis-jenis dadah dan bahayanya dadah kepada manusia, dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid untuk tidak terlibat dalam aktiviti negatif ini.
Pada 11 Julai 2023, telah berlangsung Kejohanan Boling Tenpin MSSDKBB 2023 di Pusat Boling Ole-Ole Kulim Landmark.
Bagi kejohanan tahun ini, SK Sri Kulim telah menghantar seramai 10 orang murid bagi mewakili sekolah dan diiringi oleh 3 jurulatih yang merupakan guru SK Sri Kulim, Puan Maizatul Mariana, Puan Affaf dan Puan Siti Khairani.
Dalam kejohanan tersebut, Alesya Afrina telah berjaya medapat tempat ke-6 bagi kategori B12P. Pencapaian ini cukup membanggakan memandangkan beliau terpaksa bersaing dengan 84 peserta.
Semoga kejayaan ini memberikan suntikan semangat kepada murid yang lain untuk berusaha lebih gigih bagi menempa kejayaan yang serupa.
Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Sri Kulim telah menganjurkan Program Jelajah NILAM Bersama Kad ASK yang merupakan kolaborasi bersama Syarikat Sinaran Ilmu Learning & Consultancy.
Antara program yang menarik dijalankan adalah mendengar cerita daripada penulis buku yang melibatkan semua murid SK Sri Kulim, dan Bengkel Penulisan Kreatif yang dikhususkan kepada murid tahap 2.
Mellaui Bengkel Penulisan Kreatif, murid tahap 2 dapat mempamerkan bakat terpendam dalam bidang penulisan kreatif. Banyak murid yang dapat menghasilkan cerita pendek dalam masa yang diperuntukkan menggunakan kad ASK. Ternyata penggunaan kad ASK dapat mendorong murid dalam mengembangkan idea dalam penceritaan.
Sementara itu, jualan buku juga berlangsung di dewan Al-Marbawi yang mana semua murid berpeluang untuk mendapatkan buku kegemaran mereka yang mana 70 buah buku cerita ditawarkan oleh pihak syarikat Sinaran Ilmu Learning & Consultancy.
Program ini merupakan satu lagi bentuk promosi bagi menggalakkan murid SK Sri Kulim untuk memupuk amalan membaca yang merupakan objektif utama NILAM.
Pada 6 Julai 2023, turut berlangsung Pertandingan Dare to Spell yang melibatkan 45 orang murid tahap 2. Pertandingan ini merupakan anjuran Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Jawatankuasa Highly Immersive Programme (HIP) SK Sri Kulim.
Pertandingan yang berlangsung selama 2 jam ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Khairani dan Puan Sugana yang berlangsung di Dewan Al-Marbawi.
Objektif program ini, tidak sekadar untuk menguji keupayaan murid untuk mengeja perkataan-perkataan Bahasa Inggeris pada aras yang sukar, malah merupakan platform untuk mencungkil bakat murid yang akan dipilih sebagai wakil sekolah untuk Pertandingan Dare to Spell Karnival Bahasa Inggeris DKBB.
2 murid telah berjaya mendapat skor tertinggi dan mereka akan mewakili sekolah bagi acara Dare to Spell yang akan dipertandingkan di peringkat daerah.
Dua guru, Encik Abdul Kabir dan Encik Ahmad Waqas telah mengiringi seramai 7 orang murid bagi menyertai Kejohanan merentas Desa tahun 2023 yang berlangsung di SMK Labu Besar pada 6 Julai yang lalu.
Murid-murid yang terpilih terdiri daripada pemenang-pemenang Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Sri Kulim yang berlangsung pada 25 Jun yang lepas.
Semangat kesukanan dan kesungguhan telah dipamerkan oleh kesemua murid amat mengagumkan dan mereka telah berjaya menamatkan larian dengan baik.
Pada 6 Julai 2023, warga SK Sri Kulim telah menjayakan Program Himpunan Virtual, Program Promosi Sihat di Institusi Kesihatan (Hepili) 2023 yang merupakan usahama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ianya merupakan inisiatif KKM dalam menggalakkan remaja untuk kekal aktif berikutan terdapat laporan yang menunjukkan hanya 4 daripada 5 remaja yang aktif di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Warga SK Sri Kulim menyambut baik program seperti ini sebagai sokongan dalam menggalakkan murid-murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat bermula dari kecil dan seterusnya meningkat kualiti kehidupan mereka.
Pasukan Bola Sepak SK Sri Kulim telah melakar sejarah apabila berjaya merangkul naib johan bagi Kejohanan Bola Sepak Zon Kulim yang berlangsung selama dua hari, 4-5 Julai yang lalu. Pencapaian ini amat membanggakan seluruh warga SK Sri Kulim.
Persembahan yang meyakinkan dipamerkan oleh pasukan bola sepak SK Sri Kulim dalam kejohanan kali ini merupakan hasil daripada latihan dan bimbingan yang diberikan oleh guru-guru penasihat bola sepak SK Sri Kulim (Encik Mohd Hafiz, Ustaz Abdul Aziz dan Ustaz Fauzan).
Biarpun pasukan bola sepak SK Sri Kulim berjaya mengawal rentak permainan pada awal perlawanan final, namun akhirnya tewas pada pasukan SK Air Merah dan sekali gus merangkul naib johan.
Kejayaan ini menjadi lebih bermakna apabila 3 murid SK Sri Kulim telah dipanggil untuk pemilihan peringkat zon. Semoga tahun depan, pasukan bola sepak SK Sri Kulim dapat menjadi juara zon Kulim.
Tanggal 28 Jun 2023, SK Sri Kulim kehilangan seorang lagi guru yang telah banyak mencurah khidmat bakti di sekolah ini. Puan Noorazah binti Zainal merupakan guru Bahasa Melayu yang telah berkhidmat di SK Sri Kulim selama 28 tahun dan merupakan antara guru yang terlibat di dalam pembukaan SK Sri Kulim pada tahun 1995. Seribu kenangan telah diukir di sini yang menjadikan Puan Noorazah merupakan guru yang paling lama berkhidmat di SK Sri Kulim.
Majlis ini disaksikan ke semua warga SK Sri Kulim yang diserikan dengan beberapa buah persembahan termasuklah daripada murid-murid tahap 2. Lebih mengejutkan lagi dengan gimik oleh murid-murid tahap 2. Ternyata memberi kejutan yang menghiburkan kepada warga dewan.
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan khas oleh suami Puan Noorazah dimulai dengan lagu Widuri, dikuti duet besama Guru Besar SK Sri Kulim, Encik Shuib bin Zakaria dan duet bersama Cik Zuliana.
Warga SK Sri Kulim mengucapkan "Selamat Bersara, Puan Noorazah bin Zainal. Jasamu akan kekal dalam ingatan kami".
Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Kulim kali ke-44 telah berlangsung pada 25 Jun 2023 di Dewan Al-Ghazali, SK Sri Kulim. Mesyuarat yang dilaksanakan secara bersemuka secara sepenuhnya bagi sesi kali ini telah dapat menghimpunkan seramai 126 orang ahli.
Pemilihan Jawatankuasa baharu bagi sesi 2023/2025 telah berlangsung dengan lancar dengan mendapat sokongan ahli-ahli yang hadir. Berikut merupakan barisan baharu yang akan mengemudi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sri Kulim:
Yang Dipertua PIBG
Prof Madya Dr Rahimi Binti Che Aman
Naib Yang Dipertua PIBG
Encik Rashid Bin Abdullah
Setiausaha
Puan Norhasilawati Binti Hashim
Bendahari
Puan Sugana A/P Appalasamy
AJK Waris
Puan Latha Naidu A/P Muniandy
Puan Siti Khorlijah Binti Man
Encik Azry Sham Bin Fauzi
Encik Yusuhairi Bin Remli
Puan Mazlifah Binti Mustaffa
Puan Kumutha A/P Ganiasan
Encik Mohd Hafizal Bin Abd Ghani
AJK Guru
Puan Sollehatun Binti Zubir
Puan Normariani Binti Wahab
Encik Mohd Faiz Bin Abd Razak
Encik Nasrun Bin Othman
Juruaudit Dalaman
Puan Nurul Huda Binti Abdullah (Waris)
Encik Mohd Fauzan Bin Mohamad Yunus (Waris)
Sementara itu, sebanyak 10 usul telah dibentangkan di dalam mesyuarat agung kali ini. Namun, sebahagiannya tidak dapat dibahaskan berikutan pencadang tidak hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam 30 minit tersebut ditangguhkan pada jam 4.30 petang.
24 Jun 2023, SK Sri Kulim telah menghantar 2 murid iaitu Mohamad Mikhail bin Mohd Ridzuan dan Nur Dalili Atiqah binti Rafiz bagi mewakili sekolah dalam Pertandingan Seni Khat Peringkat Daerah bagi tahun 2023 yang berlangsung di SMK Taman Jelutong, Kulim.
Program ini merupakan anjuran Majlis Perbandaran Kulim, Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu bersama SMK Taman Jelutong dan SK Jelutong menjadi batu loncatan kepada dua murid dalam mempamerkan bakat mereka di dalam seni khat.
Program seperti harus diperluaskan lagi bagi membolehkan kesenian khat kekal kukuh dan relevan seiring dengan perkembangan dunia moden. Malah, inisiatif ini turut membuka peluang kepada murid-murid untuk terus menghargai kesenian khat dan menjadi penyambung legasi zaman berzaman.
Pada 19 dan 20 Jun 2023 telah berlangsung Kem Pembangunan Sukan yang melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Kem ini merupakan inisiatif Unit Sukan Sekolah dalam mencari bakat yang berpotensi ditengahkan dalam mewakili sekolah bagi kejohanan olahraga dan balapan yang bakal berlangsung.
Penglibatan yang menyeluruh ini membolehkan semua murid tahun 3 hingga 6 menguji keupayaan masing-masing dalam acara padang mahupun balapan. Sepanjang kem ini, murid didedahkan teknik sebenar bagi acara yang dinyatakan oleh jurulatih-jurulatih yang merupakan guru-guru SK Sri Kulim yang berkemahiran dan bepengalaman luas dalam bidang kejurulatihan.
Kem dua hari ini akan menjadi langkah awal Unit Sukan Sekolah untuk melestarikan kecemerlangan sukan SK Sri Kulim dan pada masa yang sama menjadi pemangkin kepada membudayakan gaya hidup yang sihat dalam kalangan murid.
Pada hari yang sama dengan Kejohanan Merentas Desa, Unit Pemulihan SK Sri Kulim telah menganjurkan Program Tuisyen Bersama yang merupakan program kolaboratif dengan SK Kulim. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi yang melibatkan 10 orang murid, 3 orang guru pemulihan dan dua orang panel pemantau.
Objektif Program ini adalah untuk mengaplikasikan rancangan pengajaran bagi program tuisyen bersama yang telah dirancang oleh Unit Pemulihan SK Sri Kulim dan SK Kulim. Panel pemantau membantu mengenalpasti aspek-aspek yang perlu diperbaiki dan juga aspek-aspek yang positif melibatkan rancangan pengajaran tersebut. Sesi perbincangan di antara panel dan guru-guru yang terlibat dilakukan sebaik tamat pengajaran.
Program ini merupakan satu bentuk inisiatif Unit Pemulihan dalam mewujudkan jaringan di antara sekolah. Pemerkasaan pendidikan pemulihan dapat dibentuk melalui kolaborasi dan gabungan kepakaran di antara dua buah sekolah.
Pada 15 Jun yang lalu telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SK Sri Kulim bagi sesi persekolah 2023/2024. Penganjuran kejohanan ini dilaksanakan sebaik sehaja sekolah di bawah KPM mendapat kebenaran menjalankan aktiviti luar. Kejohanan kali ini melibatkan murid Tahap 1, 2 dan PPKI yang telah dibenarkan untuk menyertai larian oleh para waris.
Sebelum larian bermula, semua murid terlibat dalam senamrobik sebagai aktiviti pemanas badan. Jarak larian bagi Tahap 1, 2 dan PPKI adalah berbeza yang merentasi kawasan taman perumahan. Aspek keselamatan amat dititikberatkan oleh pihak sekolah yang mana kejohanan ini turut dikawalselia oleh 2 anggota polis. Sementara itu, seramai 10 orang pengakap kelana SMK Junjong turut menaburbakti dalam membantu perjalanan kejohanan.
Keseluruhannya, program ini berjalan lancar tanpa ada insiden yang tidak diingini. Setiap murid juga menerima air minuman dan roti sebaik sahaja mereka tiba di garisan penamat.
Pada 6 Jun 2023 bertempat di Kelas Prasekolah SK Sri Kulim telah berlangsung Pelancaran Pelan Anti Rasuah Peringkat Prasekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Sri Kulim, Encik Shuib bin Zakaria yang turut diringi barisan Penolong Kanan SK Sri Kulim. Program ini juga dijayakan dengan kehadiran beberapa guru, pembantu pengurusan murid dan murid prasekolah.
Program ini diadakan bagi menyampaikan maklumat anti rasuah secara berterusan bermula dari peringkat prasekolah. Program ini turut menyasarkan murid prasekolah, guru prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid dan waris prasekolah. Diharap melalui program ini, murid-murid mendapat pemahaman awal berkenaan rasuah dan langkah mencegahnya. Didikan berkenaan bahanya rasuah ini kepada anak-anak kecil ini diharap dapat memberikan impak yang signifikan terhadap proses membanteras rasuah dalam negara.
Pada 4 Jun 2023, Unit PPKI SK Sri Kulim telah menghantar seramai 5 murid PPKI untuk menyertai Pertandingan Mewarna Sempena Program Hari Alam Sekitar Sedunia yang diadakan di Kulim Central Shopping Centre.
Penyertaan murid-murid ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam mencungkil bakat murid di dalam bidang kesenian dan pada masa yang sama dapat meningkatkan semangat untuk bersaing secara sihat dalam kalangan murid.
Kesemua murid yang menyertai telah menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur dan akan menjadi pemangkin kepada murid-murid ini untuk terus aktif menonjolkan potensi kecemerlangan diri.
Unit LDP SK Sri Kulim telah bekersama dengan Unit Pusat Sumber Sekolah dalam menyediakan LDP untuk semua guru SK Sri Kulim pada 23 Mei yang lalu.
Latihan tersebut memberikan tumpuan khusus kepada pembugaran Pengurusan Program NILAM. Puan Shahani selaku Penyelaras PSS dan penceramah bagi LDP kali ini memberikan informasi terkini dan tatacara pengurusan bagi membolehkan program dapat dijalankan secara efisien dan memberi impak kepada murid.
Selain itu, Puan Shahani turut memberi penekanan terhadap melatih murid untuk melakukan bicara buku yang merupakan aktiviti kesinambungan daripada pembacaan murid.
Berikutan bicara buku telah dipertandingkan setiap tahun, beliau berharap agar guru-guru dapat dapat bekerjasama dalam menggilap bakat dan potensi murid.
Pada 23 Mei yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit ICT telah membantu murid-murid yang berpotensi untuk menduduki Ujian Saringan UKM 1 di makmal komputer sekolah. Ini merupakan fasa pertama bagi proses pengambilan murid untuk memasuki Pusat Genius@Pintar. Pusat ini merupakan pusat pendidikan pertama yang diwujudkan khusus kepada murid yang berbakat dan berbakat di seluruh Malaysia.
Untuk memasuki pusat ini, murid-murid pintar perlu mengambil ujian bagi mengenal pasti dan dikembangkan bakat akademik mereka menerusi program yang dijalankan di pusat ini.
Pada 18 Mei yang lalu, unit PSS SK Sri Kulim telah menganjurkan Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit”. Program ini turut berlangsung secara serentak di seluruh negara bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu.
Dalam tempoh antara pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, semua warga sekolah digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit.
16 Mei yang lalu telah diadakan sambutan Hari Guru bagi tahun 2023. Sambutan pada tahun ini bersifat sederhana berikutan faktor iklim yang tidak mengizinkan murid berhimpun dalam tempoh yang lama.
Namun begitu, sambutan tetap meriah. Majlis dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Seterusnya diikuti dengan lafaz ikrar guru sebelum dendangan 3 buah lagu oleh semua guru iaitu Kami Guru Malaysia, Gemilang dan Umpan Jinak di Air Tenang.
Pada jam 8.45 pagi, PdP kembali diteruskan seperti biasa. Panitia Pendidikan Seni Visual turut menganjurkan Pertandingan Melukis bagi Tahap 2 dan Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 yang masing-masing bertemakan "Guru Idolaku".
Kedua-dua pertandingan berlangsung pada jam 10.15 hingga 12.15 tengah hari.
Pada 5 - 7 Mei 2023, Ahmad Hasif bin Supardi (5 Mualim) telah dengan ciptaan Go Go Green mendapat Bronze Award dalam Pertandingan International ICIA Creativity & Innovation Award 2023 yang berlangsung di Surabaya, Indonesia. Sokongan padu daripada ibu bapa membolehkan Admad Hasif secara konsisten melakar kejayaan yang berterusan dan konsisten dalam programming.
Dalam pertandingan tersebut Ahmad Hasif perlu bersaing dengan peserta-peserta yang lebih dewasa berikutan pertandingan tersebut adalah terbuka. Pencapakan ini amat membanggakan pihak sekolah. Dalam pertandingan itu, Ahmad Hasif menerima sijil. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid SK Sri Kulim untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang yang diminati.
Pada 8 Mei 2023 (Isnin), telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pemimpin Kecil SK Sri Kulim. Dalam majlis tersebut, semua pengawas sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi 2023/2024 secara rasminya mendapat sijil pelantikan.
Penyerahan watikah oleh Encik Shuib bin Zakaria yang diiringi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sri Kulim, Encik Mohd Zaidi bin Mat Ladon, menjadi pemangkin semangat kepada barisan pengawas pusat sumber sekolah dan pemimpin kecil yang dilantik.
Semoga semua murid yang telah dilantik dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan dalam membantu pihak sekolah dalam meningkatkan disiplin murid-murid SK Sri Kulim.
Dalam Majlis yang sama turut berlangsung Pelancaran NILAM bagi sesi 2023/2024. Pelancaran ini merupakan satu inisiatif Pusat SUmber SK Sri Kulim dalam menggalakkan murid untuk jadikan amalan membaca sebagai budaya yang berterusan biarpun kini kita berada di era digital yang mana anak muda lebih cenderung untuk memilih media sosial berbanding bahan bacaan.
Tanggal 3 Mei 2023, pihak sekolah telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023. Pada majlis sambutan ini, semua murid berkongsi juadah hari raya masing-masing sambil menikmati nasi lauk ayam sumbangan pihak sekolah.
Di samping itu, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan daripada murid-murid tahap 2 yang mana mereka mendendangkan lagu rasa klasik dan juga moden. Malah, guru-guru juga turut bersama menjayakan majlis dengan mendendangkan dua lagu raya.
Majlis ini merupakan satu inisiatif bagi mengeratkan lagi kekaraban di antara warga sekolah disamping mendedahkan anak-anak kecil kepada perayaan Hari Raya yang merupakan salah satu perayaan yang disambut di negara kita.
Pada 18 April 2023 yang lalu, SK Sri Kulim kehilangan seorang lagi guru yang telah lama mencurah khidmat bakti di sekolah ini iaitu Encik Suhaimi bin Ariffin. Beliau merupakan guru Sejarah yang telah menabur bakti di SK Sri Kulim selama lebih dua dekad. Seribu kenangan telah diukir di sini yang menjadikan Encik Suhaimi antara guru yang lama berkhidmat di SK Sri Kulim.
Majlis ini disaksikan ke semua warga SK Sri Kulim yang diserikan dengan beberapa buah persembahan termasuklah daripada pasukan kompang sekolah, pasukan silat, dan persembahan murid. Sekali lagi orang yang diraikian dikejutkan dengan persembahan spontan oleh semua warga SK Sri Kulim.
Warga SK Sri Kulim mengucapkan "Selamat Bersara, Encik Suhaimi bin Ariffin. Jasamu akan kekal dalam ingatan kami".
Panitia Pendidikan Islam SK Sri Kulim sekali lagi telah menganjurkan satu lagi program yang amat signifikan sebagai penutup kepada bulan Ramadhan iaitu Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada 18 April 2023.
Program ini melibatkan murid-murid tahap 2 yang merupakan salah satu cabang program Ihya Ramadhan bagi sesi 2022/2023. Melalui program ini diharapkan, murid-murid akan dapat menanam minat secara berterusan terhadap tilawah Al-Quran. Selain itu, Majlis Khatam Al-Quran ini sebagai satu inisiatif menggalakkan murid untuk menguasai kemahiran tilawah Al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah.
Pada 15 April yang lalu, Unit Hal Ehwal Murid telah menyampaikan Sumbangan daripada Bank Rakyat beserta Bakul Prihatin kepada golongan asnaf yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah.
Kira-kira 80 orang penerima telah menerima bantuan tersebut dalam satu majlis yang ringkas yang dikawalselia oleh Encik mohd Zaidi Mat Ladon. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.
*Wajah penerima tidak dipaparkan bagi menjaga privasi.
Panitia Pendidikan Islam SK Sri Kulim telah menganjurkan Pertandingan Azan dan Hafaz bersempena Program Ihya Ramadhan 2023/2024. Kedua-kedua pertandingan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid SK Sri Kulim apabila menerima penyertaan daripada 45 orang murid.
Pertandingan yang berlangsung di dewan Al-Ghazali itu, memberi peluang kepada murid SK Sri Kulim untuk menunjukkan bakat dalam hafazan dan laungan azan.
Semua murid yang menyertai telah menerima sijil penyertaan. Sementara itu, bagi murid yang menunjukkan prestasi cemerlang, mereka telah menerima trofi dan sijil.
Pertandingan seperti ini membolehkan murid-murid SK Sri Kulim didedahkan kepada pertandingan yang bersifat koakademik dan bagi mewujudkan daya saing dalam kalangan murid.
Mesyuarat Agung Sukan dan Permainan anjuran unit Kokurikulum telah diadakan pada 12 April 2023. Mesyuarat tersebut melibatkan semua guru penasihat dan murid Tahap 2 bagi semua sukan dan permainan. Perjumpaan dilaksanakan di lokasi yang telah ditetapkan.
Dalam mesyuarat tersebut, lantikan Jawatankuasa dilakukan berdasarkan undian dalam kalangan ahli. Penyerahan tugas berlangsung mengikut sukan dan permainan masing-masing. Guru penasihat turut membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung bagi setiap minggu.
Melalui mesyuarat ini, murid dilatih untuk terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan. Selain itu, ia memberikan peluang kepada mereka untuk memahami konsep demokrasi.
Pada 5 April 2023 (Rabu), telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah SK Sri Kulim. Dalam majlis tersebut, seramai 50 murid arus perdana dan 5 murid Pendidikan Khas telah dilantik sebagai pengawas bagi sesi 2023/2024.
Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Inspektor Rus Nizam, Sarjan Ali dan D/KPL Mohd Taufiq. Penyerahan watikah oleh Inspektor Rus Nizam yang diiringi tuan Guru Besar SK Sri Kulim, Encik Shuib bin Zakaria, menjadi pemangkin semangat kepada barisan pengawas yang dilantik.
Semoga semua pengawas yang telah dilantik dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan dalam membantu pihak sekolah dalam meningkatkan disiplin murid-murid SK Sri Kulim.
Pergerakan Puteri Islam Daerah Kulim Bandar Baharu telah menganjurkan program Tadarrus & Khatam Al-Quran pada 1 April 2023. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari telah dijalankan di Masjid Umar Al-Khattab, Qaryah Padang Meha, Desa Aman, Padang Serai, Kedah.
3 murid Puteri Islam SK Sri Kulim, iaitu Nur Aina Izazi binti Anuar, Nur Fatin Aleesha binti Mohd Rozaiman & Nur Zahira Imani binti Mohamad Fazli telah menyertai program tersebut dengan diiringi Ustazah Norwani binti Abu Hanifah. Mereka turut membawa pulang 1 sijil penghargaan bagi guru pengiring dan 3 sijil penyertaan bagi murid.
Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1444H, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu program Ceramah Ihya Ramadhan. Ceramah tersebut melibatkan semua warga SK Sri Kulim yang beragama Islam.
Ceramah berdurasi 90 minit itu telah disampaikan oleh Tuan Nasrun bin Othman, CEO Wadi An Nasr Dakwah Centre. Kandungan ceramah yang signifikan berkenaan pengertian dan amalan sepanjang bulan Ramadhan memberi galakkan kepada warga sekolah beragama Islam untuk menghayati pengertian Ramadhan.
Sementara itu, bagi murid yang bukan beragama Islam, Panitia Moral telah menganjurkan aktiviti berasingan di dewan Al-Marbawi. Antara aktiviti yang diadakan adalah mewarna bagi Tahap 1 dan mewarna bagi Tahap 2
21 Mac 2023 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan program Senamrobik Santai yang melibatkan semua warga SK Sri Kulim bersama para waris. Senamrobik yang berdurasi 60 minit telah dikendalikan oleh 4 orang guru Pendidikan Jasmani dan Guru Besar SK Sri Kulim.
Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan untuk mengamalkan gaya hidup aktif. Selain itu, aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program minggu awal persekolahan seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kehadiran para waris yang memeriahkan lagi program menjadi bukti kebersamaan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.
19 Mac 2023, SK Sri Kulim kembali meriah dengan kembalinya anak-anak didik SK Sri Kulim. Wajah-wajah ceria murid-murid ini menunjukkan mereka sangat bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan yang baharu. Kehadiran mereka turut disambut oleh guru bertugas mingguan dan barisan pentadbir.
Pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024 ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran para waris terutama bagi murid prasekolah dan Tahun 1 yang menemani mereka bagi menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Kehadiran pegawai perhubungan sekolah juga menarik perhatian anak-anak kecil.
Warga sekolah turut menyambut baik inisiatif ini yang dilihat signifikan dalam memperkukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama di antara para waris, pegawai perhubungan sekolah dan juga warga pendidik.
Tanggal 16 Februari 2023, SK Sri Kulim kehilangan seorang lagi guru yang telah banyak mencurah khidmat bakti di sekolah ini. Puan Rogayah binti Harun merupakan guru Bahasa Melayu yang telah berkhidmat di SK Sri Kulim selama 24 tahun. Seribu kenangan telah diukir di sini yang menjadikan Puan Rogayah merupakan antara guru yang paling lama berkhidmat di SK Sri Kulim.
Majlis ini disaksikan ke semua warga SK Sri Kulim yang diserikan dengan beberapa buah persembahan termasuklah daripada pasukan kompang sekolah, pasukan silat, murid kelas 2 Mualim dan murid Tahun 6. Kejutan juga dilakukan oleh guru-guru SK Sri Kulim yang turut membuat persembahan koir dalam majlis tersebut.
Warga SK Sri Kulim mengucapkan "Selamat Bersara, Puan Rogayah binti Harun. Jasamu akan kekal dalam ingatan kami".
Bagi sesi persekolahan 2022/2023, pencapaian murid-murid dalam kokurikulum telah menunjukkan peningkatan prestasi. Pencapaian mereka tidak hanya dalam bidang sukan, namun bakat mereka turut terserlah dalam koakademik yang menjadikan skor PAJSK pada tahun ini mencapai sasaran.
Justeru, pihak pentadbiran SK Sri Kulim bersetuju untuk meraikan murid-murid yang telah mewakili sekolah dan menunjukkan kesungguhan dalam menaikkan nama sekolah. 80 murid telah diraikan dalam majlis tersebut.
Bagi sesi persekolahan 2022/2023, pencapaian murid-murid dalam kokurikulum telah menunjukkan peningkatan prestasi. Pencapaian mereka tidak hanya dalam bidang sukan, namun bakat mereka turut terserlah dalam koakademik yang menjadikan skor PAJSK pada tahun ini mencapai sasaran.
Justeru, pihak pentadbiran SK Sri Kulim bersetuju untuk meraikan murid-murid yang telah mewakili sekolah dan menunjukkan kesungguhan dalam menaikkan nama sekolah. 80 murid telah diraikan dalam majlis tersebut.
Satu jamuan telah diadakan oleh pihak sekolah yang diketuai Puan Nor Hafizah binti Baharom bagi meraikan semua murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan SK Sri Kulim pada 16 Februari 2023. Majlis tersebut turut dihadiri semua guru dan staf SK Sri Kulim.
Majlis tersebut turut mendapat sumbangan daripada beberapa warga sekolah yang berbesar hati untuk menjayakan majlis tersebut. Kehadiran para pentadbir, guru-guru dan staf itu turut memeriahkan lagi majlis tersebut. Pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan. Sementara itu, majlis turut disulami dengan ucapan daripada Ketua Pengawas (Mohd Fariz Afnan) dan Guru Besar SK Sri Kulim ( Encik Shuib bin Zakaria).
Majlis yang bermula pada jam 10.15 tersebut berakhir sekitar jam 11.00 pagi.
Pada 31 Januari yang lalu, pihak sekolah telah menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2023. Program penyerahan dilakukan di dalam kelas oleh guru kelas yang turut dibantu guru angkat. Bantuan bernilai RM150 itu diserahkan kepada waris bagi setiap murid SK Sri Kulim.
Penyerahan dilakukan pada jam 11.15 pagi sehingga 1.15 tengah hari. Penyerahan wang dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Diharapkan BAP ini dapat meringankan para waris dalam penyediaan barang kelengkapan murid bagi sesi persekolahan yang baru yang dijangka akan bermula semula pada pertengahan Mac 2023.
Seramai 4 murid yang mewakili pasukan taekwando SK Sri Kulim telah menerima mendapat pengiktirafan melalui penyampaian sijil pencapaian dan penyertaan oleh Encik Shuib bin Zakaria, Guru Besar SK Sri Kulim dalam majlis perhimpunan mingguan. Pencapaian cemerlang dipamerkan oleh pasukan Taekwondo SK Sri Kulim melalui Kejohanan Taekwondo Poomsae (TM/WT) peringkat negeri Kedah 2023 pada 7 Januari 2023 adalah satu lagi kejayaan yang diukir oleh murid SK Sri Kulim.
Ahmad Zafri Amsyar menjadi atlet Taekwondo SK Sri Kulim yang mendapat emas tunggal bagi acara Taekgeuk 2 (Lelaki 9 - 10 Tahun). Sementara itu, Ammar Danial berjaya menggondol pingat perak bagi acara Taekgeuk 1 (9 - 10 tahun).
Dalam kejohanan yang sama Amirul Mukmin dan Rayyan Gaza telah mendapat sijil penyertaan setelah berusaha memberikan yang terbaik bagi acara masing-masing.
Dominasi yang dipamerkan pasukan Taekwondo SK Sri Kulim melalui kejohonan Taekwondo sulung yang disertai ini, memberikan petanda positif terhadap perkembangan sukan Taekwondo dalm kalangan murid sekolah ini. Diharap kemerlangan ini dapat mendorong murid SK Sri Kulim untuk turut aktif dalam sukan tempur yang merupakan sukan yang harus mendapat perhatian semua.
Pada 30 Januari 2023, seramai 6 orang murid pemulihan telah berjaya mendapat anugerah pencapaian cemerlang. Kecemerlangan murid-murid tersebut dinilai berdasarkan prestasi yang dipamerkan oleh murid-murid pemulihan sepanjang kelas yang dilaksanakan oleh Encik Mohd Fadzly bin Mukhtar.
Majlis penyampaian tersebut disaksikan seluruh warga sekolah merupakan satu lagi bentuk penghargaan dan pengiktirafan buat murid-murid yang telah menunjukkan kesungguhan dalam meningkatkan prestasi akademik. Semoga dengan usaha ini, murid-murid yang terlibat akan lebih berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan.
Seramai 42 orang murid yang diriingi oleh 4 orang guru telah mengunjungi Kulim Fiesta Art yang bertempat di KHTP Sports Complex pada 29 Januari 2023. Pameran ini merupakan kerjasama yang dilaksanakan agensi kerajaan dan swasta dalam menyemai semangat cintakan seni dan kebudayaan warisan Malaysia.
Pameran ini memberi ruang kepada murid SK Sri Kulim untuk mendapat pendedahan tentang kebudayaan negara kita yang secara tidak langsung menyemai rasa patriotik terhadap negara. Ini merupakan inisiatif Unit Kokurikulum dalam memberikan perspektif yang berbeza terhadap kesenian kepada murid. Secara tidak langsung, memberikan suntikan semangat kepada murid untuk mendalami bidang kesenian.
Pada 26 Januari 2023, Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas SK Sri Kulim telah mengadakan jamuan akhir tahun sebagai tanda menghargai usaha barisan pengawas sekolah yang telah bertungkus-lumus dalam membantu mengawal disiplin murid SK Sri Kulim.
Majlis ini turut dihadiri barisan pentadbir dan guru SK Sri Kulim. Diharapkan barisan pengawas sekolah dan pusat sumber sekolah akan terus menyumbang khidmat bakti dengan penuh dedikasi agar disiplin murid SK Sri Kulim terus cemerlang.
Pada 9 Januari 2023 yang lalu, SK Sri Kulim telah menghadiri Kedah STEM Fair 2023 anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Kedah STEM Committee dan Unit Pembangunan Bakat Murid-STEM, JPN Kedah. Seramai 40 orang murid tahun 6 yang diiringi 4 orang guru telah menyertai lawatan tersebut.
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik termasuklah pameran, demonstrasi STEM dan pertandingan STEM yang dijalankan dalam usaha menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang STEM.
28 Oktober 2022, salah seorang murid SK Sri Kulim, Ahmad Hasif bin Supardi (5 Mualim) telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Universal Robotic Challenge (URC) 2022 dalam virtual robotics (programming). Sokongan padu daripada ibu bapa membolehkan Admad Hasif secara konsisten melakar kejayaan dalam arena robotic.
Pertandingan anjuran negara Jepun ini disertai daripada 11 buah negara termasuk USA, Japan, Australia, France, Korea Selatan, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina. Seramai 10 orang pelajar yang terpilih bagi mewakili Malaysia dalam kategori yang sama.
Dalam pertandingan itu, Ahmad Hasif menerima sijil dan hadiah berupa ArtecRobo bernilai RM2800 ArTec (Jepun). Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid SK Sri Kulim untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang yang diminati.