PROGRAM TS25
Sekolah Kebangsaan Sri Kulim | Sederap Kebersamaan Sinergi Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Sri Kulim | Sederap Kebersamaan Sinergi Kecemerlangan
PENGENALAN TS25
Sekolah Kebangsaan Sri Kulim telah terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 2025 bagi Kohort 7 bermula tahun 2022.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
OBJEKTIF TS25
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif & berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
MATLAMAT PROGRAM
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
PELAKSANAAN PROGRAM
Program TS25 diterajui oleh beberapa Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing. Antara aktiviti utama Program TS25 ialah:
Latihan kepada Pemimpin Sekolah dan Guru (bersemuka dan secara dalam talian)
Pembangunan Kapasiti kepada Pembimbing Instruksional dan Pembimbing Pedagogi
Perkongsian Amalan Terbaik dari Sekolah Program TS25 (Konvensyen, Seminar, Kolokium, Karnival dan Showcase)
Kajian Impak dan Keberkesanan Program TS25
Sokongan Profesional (Bimbingan dan Kunjung Bantu secara berpusat atau berkelompok oleh Rakan ELIT (RE) sama ada dengan kaedah bersemuka atau secara dalam talian)
Pemeriksaan (SKPMg2) dan Penilaian Program
KERANGKA TS25
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
b. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna.
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
e. Komitmen komuniti yang padu.
Elemen Kemenjadian Murid:
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025.
Elemen Sekolah Berkualiti:
Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.
MODUL-MODUL TS25