PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Takrif Kokurikulum iaitu : Penyertaan dalam sukan permainan, persatuan dan kelab, pasukan pakaian seragam dan kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan)

Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan

Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am

Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib

[Perkara 5.1 SPI 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]

Kuasa untuk menubuhkan kelab / persatuan di sekolah

Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.

Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan Kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian

Perkara 8.2.1 SPI 1/1985

Penyertaan semua guru adalah diperlu bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja Kokurikulum di sekolah

Perkara 5.2 dalam SPI 1/1985 : Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib-Bab D)


Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta kriteria penilaian yang pragmatis dan progresif

Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan(Kurikulum Kebangsaan) 1997



Pelaksanaan kegiatan Kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid

SPI 17/2000 : Bertarikh 16 Nov 2000

Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan pelibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat

Perkara 5.3 SPI 1/1985, KP(BS) 8591/ Jld. 929

Kebenaran menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang

SPI 12/2000



1 Murid 1 Sukan

SPI 16/2010 : Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan


Mengurus kewangan kokurikulum mengikut garis panduan pengurusan kewangan peruntukan bantuan persekolahan ke sekolah berdasarkan perkapita dan enrolmen murid (m/s 32-37)

SPK 8/2012

Panduan Keselamatan Diri Pelajaran semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum serta sukan dalam dan di luar kawasan sekolah

SPI 9/2000

Peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah rendah dan menengah

SPI 2/2007


Garis panduan pemakaian pakaian kokurikulum di hari persekolahan dan perhimpunan bulanan kokurikulum

SPI 8/2007

Garis panduan penglibatan pihak sekolah dalam program atau aktiviti anjuran pihak luar selain daripada agensi dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia

SPI 10/2011

Penggunaan kenderaan sendiri oleh guru untuk membawa murid bagi urusan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

SPI 3/2019


Rekod Kehadiran Dan Laporan Gerak kerja Kokurikulum Pelajar

SPI2/1986


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2000


Penubuhan Kelab /Persatuan Agama Bukan Islam di Sekolah

SPI 2/2012


SPK 1/2021