DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.”

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’.

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrifKokurikulum iaitu :

  1. Penyertaan dalam sukan permainan

  2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab

  3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam

  4. Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

DASAR UTAMA (1)

KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN

Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

· “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

· (Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng diterbitkan sebagai PU (A) 531/97.

MELAKSANAKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB

· Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.

· “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

· “(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakanhukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan”.

DASAR UTAMA (2)

PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB

· “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”.

· [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]

· Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.

· [Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]

· Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian.

· [Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]

· Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.

· [Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka]

DASAR UTAMA (3)

PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

· Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.

· “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulumdi sekolah” ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)

· Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.

· Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D).”

DASAR UTAMA (4)

PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”

· “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegitan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajaridalam bilik darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]

· Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.

· Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’

· Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

· Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid.

DASAR-DASAR SOKONGAN DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

· “Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah ; gerekerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”

  1. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.

Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929


  1. ‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’

Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32)


  1. -“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan kerajaan yang berdaftar”.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998


  1. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000


  1. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani’.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000


  1. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik”.

Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985


  1. Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

  1. Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing.



MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH


TAHUN MASA

TAHUN 3 dan 4 60 minit seminggu

TAHUN 5 dan 6 120 minit seminggu

JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM


UNIT BERUNIFORM 18 kali setahun

KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun

SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun

KAD REKOD KOKURIKULUM (PAJSK)

Untuk tujuan pematauan,setiap murid wajib memiliki empat unit kad rekod / aktiviti kokurikulum yang akan diguna pakai sepanjang tempoh setahun.Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat aktiviti untuk tujuan merekod kehadiran dan aktiviti yang dijalankan sewaktu perjumpaan. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini dengan menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan. Buku ini hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Koku pada setiap akhir penggal untuk tujuan pemantauan.Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan merekod markah koku pelajar di akhir sesi persekolahan setiap tahun.

MASA AKTIVITI

Agihan masa bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit-unit kokurikulum adalah seperti berikut:


Unit-unit koku Kekerapan Hari / Masa Tempoh

Pasukan pakaian seragam(unitberuniform) 1 minggu sekali Rabu 12.30 – 1.30 ptg Sepanjang tahun

Kelab/Persatuan Akademik dan bukan akademik 1 minggu sekali Khamis 12.30 – 1.30 ptg Sepanjang Tahun


Kelab Sukan dan Permainan 1 minggu sekali Selasa 07.40 – 8.40 pg Sepanjang Tahun


Latihan Rumah Sukan 1 minggu sekali Selasa /Khamis 07.30 – 8.30 pg Sepanjang Tahun(Musim SUKAN)


PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan. Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah penglibatan murid di samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada murid untuk mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya dan masa depannya.

PENGHARGAAN

Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang cemerlang samada diperingkat zon,, daerah, negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti :

1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran, guru-guru dalam majlis rasmi atau perhimpunan sekolah.

2. Memberi sijil-sijil penghargaan.

3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya.

4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan.

PANDUAN PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM

MANUAL : PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

(Manual ini hendaklah dirujuk ketika menilai markah koku pelajar)

Penilaian berdasarkan kepada 4 aspek dengan pecahan peratusan seperti berikut;

Kehadiran = 50%

Jawatan disandang = 10%

Penglibatan = 20%

Pencapaian = 20%

Jumlah = 100

1. Kehadiran minimum bagi setiap kegiatan setahun ialah

Unit Beruniform = 18 kali

Kelab Persatuan = 12 kali

Sukan dan Permainan = 12 kali

2. Kiraan bagi kehadiran adalah seperti di bawah :-

Jumlah kehadiran = a

Jumlah perjumpaan = b

Tidak hadir (kebenaran) = c

Markah kehadiran = a__ X 50

b – c

3.Markah aspek jawatan disandang ialah 10%

3.1 Tempoh memegang jawatan sekurang-kurangnya selama 9 bulan.

3.2 Badan Beruniform KPM / KRS



JAWATAN MARKAH

Pegawai Waran I & II (KRS),

Pegawai Waran II (PKBM),

Pegawai Kadet Kanan (PA), 10

Pegawai Kadet (Bomba),

Sub-Inspektor (Polis) dan

Inspektor Kadet (Koreksional / Penjara)


Staf Sarjan (KRS), Syaf Sarjan /

Bintana Kanan / Flight Sarjan (PKBM), 08

Pegawai Waran Kadet (PA),

Ketua Kadet (Bomba) dan

Sarjan Mejar (Polis dan Penjara)


Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) 07

dan Ketua Platun (Bomba)


Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L)

dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba) 06


Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L),

Laskar Udara (PKBM-U) dan 05

Penolong Ketua Platun 11 (Bomba)


Ahli Aktif 04


Ahli Biasa 01

BADAN BERUNIFORM (NGO)

JAWATAN MARKAH

Ketua Trup, Ketua Pasukan / Pengerusi, Pegawai Muda,

Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major, Bengkung Merah 10

dan Tali Pinggang Hitam (untuk merahhitam = 09 markah)


Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen,

Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan,

Drum Major / Asst. Band Major, Bengkung Hijau 3 08

dan Tali Pinggang Merah 2


Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen,

Ketua Pasukan (Bendahari), Koperal, 07

Percussion Leader, Bengkung Hijau 2

dan Tali Pinggang Merah 1


Penolong Ketua Patrol, Bendahari,

Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), 06

Lans Koperal, Section Leader, Bengkung Hijau 1

dan Tali Pinggang Biru 2


Kuartermaster, Penolong Setiausaha,

Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, 05

Asst. Section Leader, Cula 3

dan Tali Pinggang Hijau 1


Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, 04

Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 & 2


Tali Pinggang Kuning 1 & 2 03


Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 01

Kelab Persatuan / Sukan / Permainan

JAWATAN MARKAH

Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan /

Ketua Pasukan Sukan / Permainan Ketua Rumah 10


Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 08


Setiausaha / Bendahari 07


Pen. Setiausaha / Pen. Bendahari 06


Ahli Jawatankuasa 05


Ahli Aktif 04


Ahli Biasa 01

Markah Aspek Penglibatan ialah 20%

Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan komitmen dan sumbangan di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Peruntukan markah adalah seperti berikut :-

ASPEK MARKAH

Sekolah 08

Zon / Daerah 11

Negeri 14

Kebangsaan 17

Antarabangsa 20

Markah Aspek Pencapaian ialah 20%

Markah ini diberi atas pencapaian berdasarkan peringkat dan hanya melibatkan Johan, Naib Johan dan ke 3 sahaja. Peruntukan markah adalah seperti berikut :-

Peringkat Pertandingan Markah

Johan N. Johan Ketiga

Sekolah 08 07 06

Zon / Daerah 11 10 09

Negeri 14 13 12

Kebangsaan 17 16 15

Antarabangsa 20 19 18

Markah Bonus

Diberikan berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan dan bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah.

JAWATAN MARKAH BONUS

Ketua Murid 10


Timbalan / Penolong Ketua Murid 08

Ketua / Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan

atau Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk 07

membantu sekolah / Pengawas / Ketua KRS


Pengawas Pusat Sumber 06


Bendahari / Setiausaha / PRS 05


AJK Kecil Biro / Ketua Kelas 03


Penolong Ketua Kelas 02


Anugerah Khas

Diberikan atas kecemerlangan pada aktiviti yang diusahakan sendiri.

BIL. PENCAPAIAN MARKAH BONUS

  1. Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan 10


  1. Pencapaian Aktivti Kokurikulum Di Luar Negara atas JOHAN 05

Pembiayan Sendiri NAIB JOHAN 03

KETIGA 02


  1. NILAM 05


  1. Lain-lain anugerah yang setara 05

Gred Keseluruhan

Bermaksud gred keseluruhan dari 2 jenis kegiatan kokurikulum yang mempunyai prestasi terbaik berserta markah bonus. Jumlah 2 markah tertinggi dijadikan purata bagi 2 markah tersebut. Nilai purata pula dicampurkan dengan bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan gred sebagaimana yang telah ditetapkan.

Contoh :

Jumlah markah :

Unit Beruniform = 80

Kelab / Persatuan = 60

Sukan / Permaianan = 85

Markah Purata = (80 + 85) / 2

= 82.5

Markah Bonus

(ketua murid) = 10

= 82.5 + 10

= 92.5

Gred Keseluruhan = A

Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

Markah Gred

80 - 100 A

60 - 79 B

40 - 59 C

20 – 39 D

19 ke bawah E