Bola baling ialah sejenis sukan berpasukan yang dimainkan menggunakan tangan untuk menghantar, menangkap dan menjaringkan bola ke gawang pihak lawan. Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain, termasuk seorang penjaga gol. Permainan ini menggabungkan elemen kepantasan, strategi dan kerjasama berpasukan.
Bola baling sangat sesuai dimainkan di gelanggang tertutup atau terbuka, dan menjadi salah satu sukan yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana ia dapat meningkatkan kecergasan, kemahiran motor dan semangat kesukanan murid.
MEMPERKENALKAN PERMAINAN BOLA BALING DAN AKTIVITI BERKAITAN DI SEKOLAH.