Menilai pemahaman pelajar terhadap topik pembelajaran.
Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar.
Membimbing pembelajaran seterusnya.
Menentukan keberkesanan pengajaran.
Meningkatkan motivasi pelajar.
Guru menyediakan bahan pentaksiran yang disertakan di bawah kepada pelajar.
Pelajar dikehendaki melengkapkan tugasan tanpa bantuan guru.
Pelajar boleh mengulang bahan pentaksiran bagi meningkatkan pemahaman terhadap topik pembelajaran.
Latihan pemulihan adalah kepada pelajar yang berada pada tahap yang rendah.
Latihan pengukuhan adalah kepada pelajar yang berada pada tahap yang sederhana.
Latihan pengayaan adalah kepada pelajar yang berada pada tahap yang memuaskan.
Guru menilai tahap pelajar melalui aktiviti yang dijalankan semasa sesi PdP.
LATIHAN PEMULIHAN
Pautan laman: https://wordwall.net/ms/resource/1610094
Latihan adalah dalam bentuk permainan digital dalam merangsang penglibatan aktif pelajar.
Gamifikasi yang mempunyai latar belakang muzik yang menarik dan permainan yang merangsang idea pelajar.
Pautan laman: https://wordwall.net/ms/resource/16439604
Latihan dalam bentuk mengisi tempat kosong.
Latihan yang ringkas yang dapat dilaksanakan oleh pelajar secara berkala untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran berfikir pelajar terhadap topik pembelajaran.
LATIHAN PENGUKUHAN
Pautan laman: https://www.liveworksheets.com/node/4805900
Latihan yang boleh dilaksanakan secara atas talian atau dengan mencetak lembaran kerja.
Melibatkan latihan yang merangsang pelajar untuk mengingat topik pembelajaran tanpa disediakan pilihan jawapan.
Pautan laman: https://quizizz.com/admin/quiz/602dc481196b67001d79917b/kuiz-adab-tahun-5-hargai-nikmat-kenderaan
Latihan yang boleh dilaksanakn secara atas talian atau dengan mencetak lembaran soalan Quizziz.
Latihan berbentuk soalan objektif dalam meningkatkan kebolehan pelajar mengingat kembali pilihan jawapan yang tepat.
LATIHAN PENGAYAAN
PBL adalah kedah pembelajaran yang membolehkan pelajar mengkaji dan menghasilkan produk berkaitan topik pembelajaran.
Pelajar boleh merujuk video YouTube yang disediakan untuk menghasilkan Buku Skrap yang menarik berkaitan Tajuk Hargai Nikmat Kenderaan yang dipelajari.