Objektif pembelajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebagai panduan kepada guru dan pelajar. Di mana guru dapat merangka aktiviti PdP yang sesuai dan mengukur pencapaian pelajar pada akhir pembelajaran. Pelajar juga akan mengetahui hala tuju dalam mempelajari tajuk ini dengan jelas setelah mengetahui matlamat dan objektif pembelajaran. Ia membantu pelajar memahami dan mengetahui peranan dan tujuan sesi PdP dilakukan.