KANDUNGAN
KANDUNGAN
NAMA : NURUL HANISAH BINTI MOHAMAD HUSAINI
TEMPAT PENGAJIAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK
KURSUS/AMBILAN : PISMP PENDIDIKAN ISLAM (SK) AMBILAN OGOS 2022 - JULAI 2027
TUGASAN 3 : PENGHASILAN PRODUK 2
KOD/NAMA KURSUS : EDUP3133 TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH : CIK CHIN JUN NA
Sistem pendidikan di Malaysia kini telah memberikan keutamaan kepada perkembangan teknologi dalam pendidikan. Oleh yang demikian, penggunaan aplikasi teknologi secara menyeluruh adalah digalakkan dalam meningkatkan keberkesanan suatu pembelajaran. Malah menurut Abdul Jasheer Jayaseelan, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin Wan Hassan (2019), pendidik kini perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa khususnya dalam bidang teknologi dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan. Dengan itu, laman Google Site ini dibangunkan dalam bentuk perisian kursus yang mempunyai multimedia interaktif dengan tajuk Kelas Digital: Pendidikan Islam dan boleh digunakan oleh guru serta pelajar dalam mengakses pelbagai bahan belajar. Terdapat pelbagai bahan yang telah disusun di dalam perisian ini berdasarkan Subjek Pendidikan Islam Tahun 5, Bidang Adab, Unit 1 dengan tajuk Hargai Nikmat Kenderaan.
Menyediakan platform atau tapak yang mudah kepada guru untuk mengakses bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk Hargai Nikmat Kenderaan.
Panduan perancangan PdP yang lebih tersusun dengan mengintegrasikan bahan digital sepenuhnya bagi tajuk Hargai Nikmat Kenderaan.
Menyediakan bahan pengajaran dan bahan pentaksiran yang sesuai bagi setiap tahap kemampuan pelajar.
Menggalakkan aktiviti perkongsian ilmu secara konsisten dengan memanfaatkan penggunaan alat digital.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menggunakan alat digital dengan cara yang betul khususnya dalam bidang pendidikan.