Orang Kadazan Dusun
Orang Kadazan Dusun
Orang Kadazan Dusun
memiliki peran penting dalam kehidupan sosial dan budaya masyarakatnya3. Selain digunakan sebagai alat komunikasi sehari-hari, bahasa ini juga merupakan sarana untuk menjaga dan mengembangkan tradisi serta budaya Kadazandusun3.
Pada masa modern, bahasa Kadazandusun juga mulai diajar di beberapa sekolah di Sabah untuk memastikan bahwa generasi muda tetap mengenal dan memahami bahasa serta budaya mereka
MEMINANG
-Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali.
Apabila ibu bapa perempuan menerima risikan itu, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka. Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'.
Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti tidak mabuk. Salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.