Pertandingan ini terbuka kepada semua warga pendidik termasuk:
i. Pensyarah
ii. Guru
iii. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Setiap sekolah atau peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, namun perlu membuat pendaftaran secara berasingan bagi setiap penyertaan. (Bayaran pukal tidak dibenarkan).
2.0 Kategori Pertandingan
Terdapat dua (2) kategori Poster Digital:
i. Poster Digital Kajian Tindakan
ii. Poster Digital Inovasi
Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.
Penyertaan adalah secara individu sahaja.
Penjurian dilakukan secara dalam talian. Tiada pembentangan secara langsung diperlukan.
4.0 Spesifikasi Poster Digital
Poster hendaklah berukuran A4 (orientasi mendatar / landscape).
Format fail yang dibenarkan: PNG Berkualiti Tinggi (HD) sahaja.
Ciri reka bentuk yang ditetapkan:
i. Warna latar: Hanya tiga (3) tona warna sahaja
ii. Fon: Hanya dua (2) warna dan tiga (3) saiz font sahaja
iii. Kreativiti digalakkan, termasuk penggunaan ilustrasi, grafik, dan infografik.
Poster Digital Kajian Tindakan
Perlu mengandungi elemen berikut:
• Refleksi Pengajaran Lalu
• Fokus Kajian
• Objektif / Sasaran Kajian
• Pelaksanaan Tindakan
• Analisis Dapatan Kajian
• Cadangan Kajian Berikutnya
• Rumusan
• Reka Bentuk dan Kreativiti
Poster Digital Inovasi
Perlu mengandungi elemen berikut:
• Kesesuaian Idea
• Reka Bentuk dan Kreativiti
• Kebolehlaksanaan
• Keberkesanan
• Potensi
Penyampaian poster dibenarkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
7.0 Yuran Penyertaan
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap penyertaan.
Bayaran hendaklah dibuat ke akaun Bank Rakyat (Badan Kebajikan PPD Klang) melalui QR PAY sahaja.
Slip pembayaran dan nombor transaksi rujukan hendaklah dimuat naik bersama borang pendaftaran dalam talian.
Pendaftaran yang tidak memenuhi syarat penyertaan akan dibatalkan.
Pendaftaran pertandingan dibuat secara Google Form melalui pautan pendaftaran rasmi.
Peserta wajib menyertakan maklumat peribadi dan resit pembayaran yuran penyertaan dalam borang tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
Pn Suraya binti Mohamed Sabri – 013-3462760
En. Saravanan a/l Munusamy – 017-6766341
Sila sertai saluran Telegram rasmi peserta K-SEMANIS’25 melalui pautan berikut:
https://t.me/+ZzT7nEtqbywxOGQ1
Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau menyalahi hak cipta.
Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Syarat penyertaan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
KAEDAH BAYARAN MELALUI QR PAY
MAKLUMAT PENTING !
PENYERTAAN PERTANDINGAN POSTER DIGITAL KAJIAN TINDAKAN TELAH DITUTUP.
MAKLUMAT PENTING !
PENYERTAAN PERTANDINGAN POSTER DIGITAL INOVASI TELAH DITUTUP.