Pertandingan ini terbuka kepada semua warga pendidik dan murid.
Peserta bagi kategori murid adalah terhad kepada mereka yang menyertai Pertandingan Inovasi Kategori Murid (sekolah rendah atau menengah) dalam K-SEMANIS’25.
Setiap sekolah atau peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, namun perlu membuat pendaftaran secara berasingan bagi setiap penyertaan. (Bayaran pukal tidak dibenarkan).
Pertandingan dilaksanakan secara bersemuka sahaja.
Pembentangan dijalankan secara individu sahaja.
Masa pembentangan yang diperuntukkan ialah lima (5) minit sahaja.
Terdapat dua (2) kategori utama:
i. Kategori Terbuka Guru
ii. Kategori Terbuka Murid
Peserta tidak dibenarkan menggunakan slaid pembentangan.
Bahan sokongan yang ringkas dibenarkan sekadar membantu penyampaian.
Penyampaian boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Kandungan pembentangan yang melibatkan elemen inovasi hendaklah selari dengan tema atau subtema K-SEMANIS’25.
Setiap penyertaan mesti disertakan dengan sinopsis pembentangan.
Sinopsis pembentangan hendaklah:
i. Ditulis antara 100 hingga 150 patah perkataan.
ii. Dihantar dalam bentuk salinan lembut (softcopy) melalui borang pendaftaran dalam talian.
iii. Disediakan juga dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan dibawa semasa pembentangan.
Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan, namun setiap penyertaan mestilah dibuat melalui pendaftaran berasingan.
Aspek penilaian akan meliputi perkara berikut:
i. Kualiti Penyampaian
ii. Kesesuaian Idea
iii. Kebolehlaksanaan
iv. Keberkesanan
Kategori Terbuka Guru:
Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan bagi setiap penyertaan.
Bayaran hendaklah dibuat ke akaun Bank Rakyat (Badan Kebajikan PPD Klang) melalui QR PAY sahaja.
Slip pembayaran dan nombor transaksi rujukan perlu dimuat naik bersama borang pendaftaran.
Kategori Terbuka Murid:
Penyertaan adalah percuma bagi murid yang menyertai Pertandingan Inovasi Kategori Murid.
Pendaftaran yang tidak memenuhi syarat penyertaan akan dibatalkan.
10. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Pn. Suraya binti Mohamed Sabri (013-3462760)
Pn. Sangetha a/p Kuppusamy (019-4515365)
Sila sertai Telegram rasmi peserta K-SEMANIS’25 melalui pautan berikut:
https://t.me/+ZzT7nEtqbywxOGQ1
Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap syarat penyertaan ini dari semasa ke semasa.Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau melanggar hak cipta.
Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
KAEDAH BAYARAN MELALUI QR PAY
KATEGORI WARGA PENDIDIK
MAKLUMAT PENTING !
PENYERTAAN PERTANDINGAN BICARA AMALAN TERBAIK KATEGORI WARGA PENDIDIK TELAH DITUTUP.
KATEGORI MURID
MAKLUMAT PENTING !
PENYERTAAN PERTANDINGAN BICARA AMALAN TERBAIK KATEGORI MURID TELAH DITUTUP.