K- InovAT ‘25 : SPONTANIA
K- InovAT ‘25 : SPONTANIA
ACARA GURU - K- InovAT ‘25 : SPONTANIA
7 OGOS 2025 - 10.00 PAGI
Pertandingan ini terbuka kepada semua warga pendidikan yang terdiri daripada:
i. Guru
ii. Pensyarah
iii. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Bahan inovasi atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) spontan yang dihasilkan mestilah menjurus kepada kesesuaian untuk Pemulihan Khas / menguasai 3M (membaca/ menulis dan mengira) / atau yang seumpamanya. Ianya menjurus kepada Pemulihan Khas Bahasa Melayu dan Matematik.
Penyertaan terhad kepada 50 orang terawal sahaja.
2. Kaedah Pelaksanaan
Pertandingan dilaksanakan secara bersemuka dan individu sahaja.
Peserta juga diberi masa 5 minit untuk menyediakan sinopsis ringkas tentang bahan yang akan dihasilkan.
Peserta perlu menghasilkan BBM secara spontan dengan menggunakan bahan- bahan yang disediakan oleh pihak penganjur dalam tempoh masa yang ditetapkan (1 jam).
Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis, gam dan gunting sahaja. Peserta juga boleh membawa bahan yang boleh dijadikan tapak (utk meletakkan BBM yang telah dihasilkan).
Peserta akan diberi masa untuk pembentangan selama 5 minit dan sesi soal jawab selama 2 minit.
Penjurian akan dilaksanakan semasa pembentangan dan keputusan adalah muktamad.
Terdapat dua (2) kategori utama:
i. Kategori Warga Pendidik (Pemulihan Khas)
ii. Kategori Warga Pendidik (Bukan Pemulihan Khas)
Pembentangan menggunakan hasil atau bahan yang dihasilkan sendiri semasa pertandingan dilaksanakan.
Penyampaian boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
5. Kandungan dan Tema
BBM yang dihasilkan digalakkan mengadaptasi elemen inovasi sesuai dengan Pemulihan Khas atau yang seumpanya dan hendaklah selari dengan tema atau sub - tema K-SEMANIS’25.
Peserta tidak dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan.
7. Penilaian
Aspek penilaian akan meliputi perkara berikut:
i. Kualiti Penyampaian
ii. Kesesuaian Idea
iii. Kebolehlaksanaan
iv. Keberkesanan
Bagi kedua-dua kategori adalah:
Bayaran sebanyak RM60.00 dikenakan bagi setiap penyertaan.
Bayaran hendaklah dibuat ke akaun Bank Rakyat (Badan Kebajikan PPD Klang) melalui QR PAY sahaja.
Slip pembayaran dan nombor transaksi rujukan perlu dimuat naik bersama melalui pautan pendaftaran.
9. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
i) Pn. Sofia Arizza binti Yusop (013-3804135)
ii) En. Mohd Fatmain bin Hamid (011-2099 1947)
Sila sertai Telegram rasmi peserta K-InovAT- SPONTANIA ‘25 melalui pautan berikut:
https://t.me/+SF9LbnxCHYY0ZGNl
Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap syarat penyertaan ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati BBM yang dihasilkan tidak benar atau melanggar hak cipta.
Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
13. Tarikh Akhir Pendaftaran dan Pautan
Tarikh akhir pendaftaran adalah sebelum 30 Julai 2025 melalui pautan https://forms.gle/opXQsyGtUL41bqVC6