K- InovAT ‘25 : DiLTA (Digital Learning Teaching Aids)
K- InovAT ‘25 : DiLTA (Digital Learning Teaching Aids)
ACARA GURU - K- InovAT ‘25 : DiLTA (Digital Learning Teaching Aids)
7 OGOS 2025 - 10.00 PAGI
Pertandingan ini terbuka kepada semua warga pendidikan yang terdiri daripada:
i. Guru
ii. Pensyarah
iii. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Bahan yang dihasilkan adalah berkaitan dengan bahan pengajaran digital interaktif (cth : Kahoot /Wordwall/ Class Point / Quizizz/ Tarsia @ aplikasi -aplikasi AI (Artificial Intelligence) lain yang berkaitan.
Bahan inovasi digital interaktif mestilah menjurus kepada kesesuaian untuk Pemulihan Khas / menguasai 3M (membaca/ menulis dan mengira) / atau yang seumpamanya.
Penyertaan terhad kepada 50 orang terawal sahaja.
2. Kaedah Pelaksanaan
Pertandingan dilaksanakan secara bersemuka sahaja.
Pembentangan dijalankan secara individu sahaja.
Peserta akan diberi masa untuk pembentangan selama 8 minit dan sesi soal jawab selama 2 minit.
Penjurian akan dilaksanakan semasa pembentangan dan keputusan adalah muktamad.
Terdapat dua (2) kategori utama:
i. Kategori Warga Pendidik (Pemulihan Khas)
ii. Kategori Warga Pendidik (Bukan Pemulihan Khas)
Peserta dibenarkan menggunakan slaid / video pendek semasa pembentangan.
Penyampaian boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
5. Kandungan dan Tema
Kandungan pembentangan yang melibatkan elemen inovasi sesuai dengan Pemulihan Khas atau yang seumpanya dan hendaklah selari dengan tema atau sub - tema K-SEMANIS’25.
Setiap penyertaan mesti disertakan dengan sinopsis pembentangan.
Sinopsis pembentangan hendaklah:
i. ditulis antara 100 hingga 150 patah perkataan.
ii. dihantar dalam bentuk salinan lembut (softcopy) melalui borang pendaftaran dalam talian sebelum 2 Ogos 2025
iii. disediakan juga dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan dibawa semasa pembentangan.
Video pendek berkaitan bahan digital yang dihasilkan:
i. berdurasi 3-5 minit beserta sedikit penerangan.
ii. dihantar dalam bentuk salinan lembut (softcopy) melalui borang pendaftaran dalam talian sebelum 2 Ogos 2025
Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan, namun setiap penyertaan mestilah dibuat melalui pendaftaran dan bayaran berasingan.
Aspek penilaian akan meliputi perkara berikut:
i. Kualiti Penyampaian
ii. Kesesuaian Idea
iii. Kebolehlaksanaan
iv. Keberkesanan
Bagi kedua-dua kategori adalah:
Bayaran sebanyak RM60.00 dikenakan bagi setiap penyertaan.
Bayaran hendaklah dibuat ke akaun Bank Rakyat (Badan Kebajikan PPD Klang) melalui QR PAY sahaja.
Slip pembayaran dan nombor transaksi rujukan perlu dimuat naik bersama melalui pautan pendaftaran.
10. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
i) Pn. Sofia Arizza binti Yusop (013-3804135)
ii) En. Mohd Fatmain bin Hamid (011-2099 1947)
Sila sertai Telegram rasmi peserta K-InovAT- DiLTA ‘25 melalui pautan berikut:
https://t.me/+SF9LbnxCHYY0ZGNl
Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap syarat penyertaan ini dari semasa ke semasa.Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau melanggar hak cipta.
Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
13. Tarikh Penghantaran dan Pautan
https://forms.gle/opXQsyGtUL41bqVC6
https://drive.google.com/drive/folders/16gN6kj79w-yZgcLPeJM0PKr3Vfp705-u?usp=sharing