2026
27 Julai 2026 - PLC NotebookLM - Panduan Penggunaan NotebookLM
Memo Jabatan - Panduan Penggunaan NotebookLM
Sesi Perkongsian Maklumat
Slide yang dipaparkan
Sesi Perbincangan
Sesi Akhir Bengkel
22 Julai 2026 - Pertukaran Dalam Staf Akademik
Dr Syamala Nair a/p Gopal , Pensyarah Akademik JPPI
ditempatkan ke Jabatan Sains Sosial
Cik Yugeswari a/p Arumugam, Pensyarah Akademik Jabatan Bahasa ditempatkan ke JPPI
1 Julai 2026 - Persaraan Mantan Staf JPPI - Dr. Khoo Bee Lee
12 Jun 2026 - BENGKEL MyIPO 2026
Setiap Jabatan dan Unit diminta mencalonkan 3 nama pensyarah/staf untuk Bengkel ini. Terima kasih.
15 MEI 2026 - HEBAHAN AWAL PedaTEd Zon Utara 2026
📢 HEBAHAN RASMI PENYERTAAN PedaTEd Zon Utara 2026 📢
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pedatedzonutara2026/pendaftaran-inovasi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
PedaTEd Zon Utara 2026
(Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru Zon Utara 2026) akan membuka penyertaan kepada para pensyarah, pelajar dan warga pendidikan untuk menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan
🎯 Tema Utama
“Memartabatkan Pedagogi Bahasa Berteraskan Madani ke Arah Pendidikan Futuristik”
📍 Tempat Pertandingan Akhir
IPGK Tuanku Bainun
🗓️ Tarikh Pertandingan Akhir
7 Oktober 2026
📌 Kategori Penyertaan
🔹 Kategori Pelajar IPG Kampus Zon Utara
🔹 Kategori Pensyarah IPG Kampus Zon Utara
🔹 Kategori Umum
(IPG Kampus Selain IPG Kampus Zon Utara/Matrikulasi / IPTA / IPTS / Politeknik / Kolej Tingkatan 6 / Sekolah / Sekolah Pengajar)
📂 Bentuk Penyertaan Inovasi
✅ Poster
✅ Video
✅ Laporan Inovasi
📅 Tarikh-Tarikh Penting
🟡 22 Mei – 21 Ogos 2026
Pendaftaran Pertandingan Inovasi dibuka
🟡 21 Ogos 2026 (11.59 malam)
Tarikh akhir penghantaran inovasi
🟡 24 – 25 Ogos 2026
Notis penerimaan inovasi
🟡 7 – 18 Sept 2026
Penilaian inovasi secara dalam talian
🟡 23 Sept 2026
Pemakluman peserta yang layak ke peringkat akhir
🟡 24 – 25 September 2026
Surat jemputan pertandingan akhir kepada peserta
🟡 7 Oktober 2026
Pertandingan akhir (bersemuka) di IPGK Tuanku Bainun
🏆 Keputusan inovasi peringkat akhir juga akan diumumkan pada 7 Oktober 2026.
📲 Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan / QR kod pada poster rasmi program.
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
👤 Ts. Mohd Hazlie bin Muhamad
📱 019-5255880
👤 Dr. Hafiah binti Ismail
📱 019-480 5527
✨ Ayuh sertai PedaTEd Zon Utara 2026 dan bersama-sama memperkasa inovasi pedagogi serta pendidikan guru ke arah pendidikan futuristik!
14 MEI 2026 - PERJUMPAAN PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA SEMUA PENSYARAH, PEGAWAI PENGURUSAN & KAUNSELOR
14 Mei 2026, 3.15 petang , Dewan Kuliah Utama, Blok Anggerik
12 Mei 2026 - BENGKEL KERJA PENARAFAN DAN INDEKSASI JURNAL IPG KPM BILANGAN 1 TAHUN 2026
9 Mei 2026 - PENCALONAN JURI PERTANDINGAN INOVASI PedaTEd 2026 (ZON UTARA)
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia,
PENCALONAN JURI PERTANDINGAN INOVASI PedaTEd 2026 (ZON UTARA)
Semua pensyarah LUAR IPG KAMPUS ZON UTARA (Selain IPGK Perlis, IPGK Darulaman, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK TUANKU BAINUN & IPGK PULAU PINANG) dan Pensyarah Universiti, IAB, Matrikulasi, Politeknik, JPN dan PPD adalah dipelawa untuk menjadi Juri Pertandingan Inovasi dalam Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PedaTEd) Zon Utara 2026
Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PedaTED) Zon Utara 2026 akan berlangsung pada 7 Oktober 2026 (Rabu) secara bersemuka di IPG Kampus Tuanku Bainun .
Tarikh penjurian bagi Pertandingan Inovasi ada 2 Fasa iaitu adalah seperti berikut
Fasa Saringan (Online) - 17 hingga 25 Ogos 2026
Fasa Peringkat Akhir (Bersemuka) - 7 Oktober 2026
Pertandingan Inovasi PedaTED 2026 (Zon Utara) adalah di bawah kelolaan IPG Kampus Pulau Pinang .
Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan Ts. Mohd Hazlie bin Muhamad (019-5255880), Ketua JK Pertandingan Inovasi PedaTED 2026 (Zon Utara).
https://forms.gle/RAfvNRP7dP81LS11A
Tarikh tutup pengisian Google Form adalah sebelum atau pada 31 Mei 2026.
Kerjasama dan komitmen daripada semua pensyarah amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
8 Mei 2026 - Mesyuarat JK PROSPEN Bil 1/2026
8 Mei 2026 - Majlis Tautan Kasih 2026
8 Mei 2026 - Majlis Bacaan Yasin Sempena Keberangkatan ChM Dr. Samri bin Congo Mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah 2026
Sempena Keberangkatan ChM Dr. Samri bin Congo Mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah 2026
7 Mei 2026 - Mesyuarat JK Kerja Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PedaTEd) Zon Utara 2026 Bil.1/2026