Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
Pengenalan
Penubuhan jabatan ini bermula dengan pembentukan, Jawatankuasa Penyelidikan pada tahun 1991. Pada masa itu, ahlinya terdiri daripada wakil-wakil jabatan dan unit sahaja. Pada tahun 1997, Unit Penyelidikan dan Pembangunan ditubuhkan selaras dengan hasrat Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan aktiviti penyelidikan sebagai satu aktiviti ilmiah di maktab perguruan. Unit ini bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Pengetua. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit dan dibantu oleh seorang setiausaha dan tiga orang pensyarah.
Pada tahun 2000, gelaran jawatan Ketua Unit Penyelidikan ditukarkan kepada Setiausaha Penyelidikan dan Pembangunan dan dibantu oleh Penolong Setiausaha, Penyelaras Bengkel / Ceramah dan wakil-wakil jabatan. Akhirnya, pada tahun 2003, Unit Penyelidikan dan Pembangunan diberi status jabatan. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh dua orang Ketua Unit iaitu Ketua Unit Penyelidikan dan Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme.
Pada tahun 2009, struktur organisasi baru diwujudkan dan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme dikenali sebagai Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh Ketua Unit Penyelidikan, Ketua Unit Penerbitan dan Ketua Unit Inovasi.
Pada tahun 2021, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) ditukar kepada nama baharu iaitu Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI).
Objektif
Membentuk satu komuniti penyelidik dalam kalangan warga institut.
Mempertingkat kemahiran menjalankan penyelidikan pendidikan dalam kalangan warga institut.
Mempertingkat mutu penyelidikan dalam kalangan warga institut.
Membantu dalam penerbitan dan penataran hasil-hasil kajian IPG.
Memantau kualiti guru pemulaan institut melalui saluran yang dipanggil Maklum Balas Pelanggan.
Menganjurkan seminar penyelidikan antarabangsa.