NAMA PROGRAM
NAMA PROGRAM
KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026
RASIONAL
Mendedahkan siswa siswi guru, terutamanya ahli Kelab STEM IPG Kampus Pulau Pinang dan Kelab STEM SK Sungai Korok khususnya serta murid sekolah amya dalam Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut, SPS, SPT dan SPU mengenai dunia sains secara lebih dekat bagi memupuk minat mereka serta menambah pengetahuan tentang kaitan dunia sains dan kepentingan menerapklan STEM dan TVET dalam pendidikan dan kehidupan.
OBJEKTIF PROGRAM
Mencetus dan menimbulkan minat murid dengan menerapkan elemen STEM melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran berasaskan projek, aktiviti yang multi-disiplin dan pembelajaran melalui inkuiri.
Menyediakan suasana dan pengalaman pembelajaran STEM/STEM-TVET yang menyeronokkan dan bermakna lalu mengurangkan ‘anxiety’ murid terhadap STEM dan seterusnya menyahkan perasaan takut terhadap STEM dalam kalangan murid/peserta.
Meningkatkan Kemahiran Proses Sains, Inkuiri-Penemuan, Pengajaran Abad ke-21, 6C, Kepelbagaian Kecergasan, Kemahiran Saintifik, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Menyahkan salah konsep bahawa pengajaran dan pembelajaran STEM yang difikir mesti dilakukan di dalam bilik darjah atau makmal sains semata-mata.
Meluaskan pandangan murid dan siswa guru tentang aplikasi STEM dalam kehidupan harian dan memupuk minat awal berkaitan kerjaya yang terkandung elemen STEM/STEM-TVET.
LOGO KELAB STEM
TEMA
"PENDIDIK STEM MASA DEPAN : MENEROKA SEMPADAN BAHARU"
TARIKH KARNIVAL
SURAT KEBENARAN JPN