PENANGGUHAN SEMENTARA PERGERAKAN MASUK PELAJAR-PELAJAR KE KOLEJ MATRIKULASI LABUAN MULAI 26 OKTOBER 2021. SILA RUJUK MAKLUMAN.
Selamat Datang
Pelajar Sesi 2021 / 2022
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izinNya kita dapat membuka kembali operasi institusi pendidikan kita, Kolej Matrikulasi Labuan setelah sekian kita menghadapi pelbagai ujian yang melanda negara iaitu Covid-19.
Dugaan dan halangan yang diterima telah membuka mata ramai pihak dalam menangani permasalahan ini dengan lebih terbuka dan berhemat. Tidak ketinggalan juga sektor pendidikan. Barisan pengurusan tertinggi, para pensyarah dan kakitangan kolej sentiasa berusaha memastikan para pelajar mendapat hak pendidikan yang sepatutnya. Justeru, proses kemasukan pelajar pada sesi ini dirangka dan dirancang dengan teliti melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan kementerian seperti KPM,BMKPM,KKM,MKN, pasukan unit beruniform dan syarikat pengangkutan. Sesungguhnya kerjasama yang diberikan amatlah berharga dalam memastikan seluruh para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan mendapat akses pendidikan yang saksama.
Selamat datang saya ucapkan kepada pelajar baharu sesi 2021 /2022. Terima kasih kerana memilih KML sebagai destinasi anda melanjutkan pelajaran. Kepada pelajar sesi 2020/2021, selamat kembali dan tahniah diatas pencapaian anda pada sesi lalu. Semoga kecemerlangan yang tercipta menjadi inspirasi kepada pelajar baharu sesi ini untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah dalam menjadikan KML sebagai institusi pendidikan yang berkualiti dan disegani.
Kelestarian Pendidikan Menjana Kemenjadian Pelajar.
Mohd Mahyuddin bin Mohd Noordin