Berdasarkan keputusan mesyuarat pada 17 September 2021 antara Kolej Matrikulasi Labuan bersama Agensi luar di Wilayah Persekutuan Labuan memutuskan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan mengiringi pelajar ke Kolej Matrikulasi Labuan berdasarkan risiko dan senario semasa demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.
Bas kolej akan disediakan untuk pelajar sahaja di:
Lapangan terbang antarabangsa Labuan
Terminal feri antarabangsa Labuan
JADUAL BAS_AIRPORT.pdf
JADUAL FERI.pdf
Sebelum urus pengangkutan, sila semak dahulu samada anda ditawarkan masuk ke Kolej Matrikulasi Labuan melalui pautan berikut:
Bagi pelajar Sistem Dua Semester (SDS) yang telah memberikan maklumat vaksin terkini, sila klik pautan dibawah untuk surat tawaran kemasukan pelajar. Jika masih mendapat paparanNo data, maksudnya tarikh vaksin anda belum cukup tempoh matang berdasarkan tarikh sepatutnya tiba di Kolej Matrikulasi Labuan.
LOKASI LAIN DI SABAH KECUALI MENUMBOK DAN KUALA PENYU
JADUAL PERJALANAN BAHARU.pdf
Tertakluk kepada perubahan
SARAWAK
STATUS TERKINI CHARTER FLIGHT KHAS UNTUK PELAJAR SARAWAK
Assalamualaikum
Salam sejahtera
kepada semua pelajar KML yang disayangi 🤗🤗
Disebabkan ramai yang tidak bersetuju dengan harga tiket yang ditawarkan, dukacita dimaklumkan pihak MAS tidak dapat meneruskan pakej yang ditawarkan memandangkan harga tiket yang amat tinggi dan bakal membebankan pelajar.
Oleh yang demikian, para pelajar dikehendaki membeli tiket sendiri dan mendaftar di kolej selewat-lewatnya pada 25hb Oktober 2021. Pihak kolej memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak KML akan menyediakan pengangkutan khas kepada pelajar dari Lapangan Terbang Labuan ke KML secara percuma.
Sekiranya tiket sudah confirm dan urusan sudah selesai sila isi link Pergerakan Pelajar selewat2nya sehari sebelum bertolak. Terima kasih atas kerjasama anda.