MOHD SHAH IZWAN B.MOHD ARAPANPelajar pertama mendaftar d Blok E. Tahniah!
Beg disanitasi oleh petugas
Pendaftaran
Sesi penerangan oleh Puan Colina Sakim, JK Saringan Covid 19
Sesi pendaftaran, jangan lupa imbas QR kod.
Selamat mendaftar kepada semua pelajar!
SELASA 12 OKTOBER 2021
Para fasilitator yang sudah mendaftar masuk ke kolej dan sedia membantu anda!
RABU 13 OKTOBER 2021
Para fasilitator kolej beratur menunggu giliran mengambil makanan yang disediakan.
Senarai fasilitator JK Dokumentasi & Pelaporan yang sedia untuk mengambil gambar dan melaporkan aktiviti harian di kolej.
Fasilitator JK Pendaftaran di Blok E membantu anda mendaftar di kolej mengikut SOP yang terkini.
KHAMIS 14 OKTOBER 2021
Para pelajar dari Kuala Penyu dan Menumbok, Sabah yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa W.P. Labuan pada hari ini.
Perasaan gembira menanti para pelajar untuk memasuki kolej.
Van kolej yang membawa para pelajar dari terminal terus ke kolej.
JUMAAT 15 OKTOBER 2021
Pelajar perempuan pertama yang mendaftar pada hari ini. Kelihatan para petugas dilengkapi dengan PPE semasa menjalankan tugas.
Team alumni KML dari Kota Kinabalu, Sabah yang sedia bergerak ke Menumbok untuk membantu melancarkan pergerakan para pelajar baharu memasuki W.P. Labuan.
Ketibaan para pelajar baharu dari Sarawak di Lapangan Terbang W.P. Labuan.
Para fasilitator yang lengkap berpakaian PPE bersedia untuk bertugas di Blok E (asrama lelaki).
Pihak Jabatan Bomba & Penyelamat W.P. Labuan yang membantu dalam proses sanitasi beg pelajar sebelum dibawa masuk ke dalam asrama.
Antara pensyarah yang membantu memantau keadaan semasa pendaftaran pelajar baharu.
Para fasilitator yang bersedia untuk bertugas di Blok A (asrama perempuan).
Beberapa orang fasilitator yang ditugaskan untuk melakukan proses sanitasi beg pelajar baharu sebelum dibawa masuk ke dalam asrama.
Pematuhan SOP yang ketat dikalangan pelajar baharu amat dititikberatkan oleh para pegawai yang bertugas.
SABTU 16 OKTOBER 2021
Senarai pelajar baharu yang tiba melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada sebelah pagi.
Anggota dari Jabatan Bomba & Penyelamat W.P. Labuan membantu melakukan proses sanitasi ke atas beg para pelajar baharu sebelum mereka memasuki asrama.
Proses pendaftaran pelajar yang dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Fasilitator yang bertugas menyambut ketibaan pelajar baharu di Lapangan Terbang Labuan.
Sesi taklimat ringkas yang diberikan para fasilitator kepada pelajar baharu,
Jangan lupa imbas kod Mysejahtera!
Ketibaan para pelajar baharu di Terminal Feri Antarabangsa W. P. Labuan pada sebelah malam.
Pelajar baharu diingatkan agar mematuhi had muatan beg yang telah ditetapkan.
Persediaan untuk gerak memasuki kampus kolej.
Sesi "post-mortem" para fasilitator dengan Cik Zaherah.
AHAD 17 OKTOBER 2021
Kenderaan persendirian yang dibawa oleh keluarga pelajar baharu tiba di Terminal Feri Antarabangsa W.P. Labuan.
Pelajar baharu dilihat menaiki bas di Terminal Feri Antarabangsa W.P. Labuan yang akan membawa mereka ke kampus kolej.
Kelihatan beberapa fasilitator yang berpakaian PPE bersiap sedia menerima kedatangan pelajar baharu.
ISNIN 18 OKTOBER 2021
Ketibaan pelajar baharu di Terminal Feri Antarabangsa W.P. Labuan sebelah pagi.
Jumlah beg yang banyak yang melalui proses sanitasi oleh pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P. Labuan.
Proses pendaftaran yang berlangsung di Blok Luhur E (asrama lelaki) yang dikendalikan oleh para pensyarah yang tidak mengendalikan kelas pada ketika itu.
SELASA 19 OKTOBER 2021
Saringan hari ke-4 oleh para pelajar menggunakan kit ujian kendiri sementara diselia oleh JK Saringan & Pengesanan Covid-19.
Lawatan tapak oleh pegawai dari KKM W.P. Labuan.
Fasilitator yang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah sambil menunggu kedatangan pelajar baharu.
RABU20 OKTOBER 2021
Bas yang tiba di Terminal Feri Menumbok, Sabah.
Proses sanitasi bilik dilakukan oleh pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P. Labuan yang memakai "hazmat suit" setelah mendapati seorang pelajar yang positive selepas membuat ujian kendiri.
Berkongsi pendapat dengan pegawai-pegawai dari KKM W.P. Labuan yang datang melawat.
Hujan turun dengan selebat-lebatnya ketika feri dari Menumbok tiba di Terminal Feri Antarabangsa W.P. Labuan. Kelihatan 2 orang pelajar terpaksa meredahi hujan sambil menarik beg mereka bergegas keluar dari feri.
Dengan kebenaran pihak berkuasa, bas yang membawa para pelajar baharu dibenarkan masuk ke dalam feri.
Para pelajar baharu yang tetap gembira datang ke kolej walupun dibasahi hujan yang lebat.