Aktiviti: Topik 3

Dalam aktiviti ini, anda akan membina satu sistem penyiram air yang dapat mengatasi masalah apabila anda tiada di rumah selama dua hari. Anda dikehendaki menghasilkan satu sistem penyiraman pokok yang dapat mengatasi masalah ini. Anda boleh melayari laman sesawang Youtube Sistem Penyiraman Pokok yang terdapat dalam bahagian rujukan sebagai panduan.

Objektif Aktiviti:

  • Mengenal pasti reka bentuk sistem penyiraman pokok yang mampu mengekalkan kelembapan untuk beberapa hari.

  • Menerangkan cara sistem penyiraman pokok yang dihasilkan berfungsi.

  • Menganggarkan bilangan hari sistem penyiraman pokok yang dihasilkan boleh bertahan.

Senarai peralatan dan bahan bagi setiap kumpulan:

  • Botol air plastik kosong ( 2 botol 500ml dan 2 botol 1000ml)

  • Cawan plastik minuman (2)

  • Pita pelekat (1)

  • Gunting/pisau (cutter) (1)

  • Batang kayu 15 cm (4 batang)

  • Paip plastik/Tiub plastik 8cm ( 2)

  • Paku saiz kecil dan sederhana (2)

  • Tali serap air/ kain (satu gulung)

  • Silinder penyukat 50ml (1)

  • Straw bengkok saiz kecil (2)

  • Putik kapas (4)

  • Jarum tudung kepala bulat (2)

Menyoal, Rancang, Cipta, Eksperimen

  1. Anda dikehendaki menggunakan bahan yang disediakan sahaja untuk menghasilkan sistem penyiraman pokok.

  2. Anda perlu merancang dan melakar beberapa sistem penyiraman pokok.

  3. Kemudian, pilih satu sistem penyiraman pokok yang paling sesuai untuk dibina.

  4. Uji sistem penyiraman pokok tersebut.

  5. Anggarkan berapa isi padu air yang perlu digunakan dalam sistem penyiraman pokok tersebut jika anda tidak berada di rumah selama 2 hari.

Pembentangan (Kongsi / Komunikasi)

Komersialkan sistem penyiraman pokok ini dan terangkan melalui pembentangan tentang:-

  1. cara reka bentuk sistem penyiraman tersebut dapat membolehkan pokok terus hidup dengan menggunakan konsep sains.

  2. kelebihan sistem penyiraman pokok ini berserta dengan buktinya.

Refleksi

Bincangkan kekuatan dan kelemahan reka bentuk sistem penyiraman pokok yang telah dihasilkan dan berikan justifikasinya. Tambah baik sistem penyiraman pokok dalam kumpulan anda.