Hari Gawai atau sering disebut Gawai Dayak merupakan perayaan tradisi yang disambut dengan penuh meriah oleh etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Hari Gawai yang disebut "Ari Gawai" dalam bahasa Iban dan "Andu Gawai" dalam bahasa Bidayuh disambut pada tarikh 1 Jun setiap tahun.
Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarian Ngajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.
Persembahan tarian Ngajat
Minuman air tuak
Upacara Miring
Persediaan rumah panjang untuk Hari Gawai
SEJARAH
Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.
Hari Gawai Dayak merupakan konsep yang dibawa oleh penerbit radio, Tan Kingsley dan Owen Liang daripada komuniti Dayak. Kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Hari Dayak sehingga 1962. Mereka hanya memanggilnya sebagai "Hari Sarawak" dengan melibatkan semua orang Sarawak sebagai hari kebangsaaan, tanpa mengira asal etnik.
Pada 1 Jun 1963, Datuk Michael Buma, anak jati Betong, menganjurkan sambutan Hari Gawai Dayak yang pertama di rumahnya di Siol Kandis, Kuching. Pada 25 September 1964, Hari Sarawak telah diwartakan sebagai cuti umum bagi memaklumkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Cuti umum ini mula disambut pada 1 Jun 1965 dan menjadi simbol perpaduan, hasrat dan harapan komuniti Dayak. Pesta ini disambut sebagai hari kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah dan masa untuk merancang musim penanaman yang baru