Ngepan Iban atau Ngepan Indu merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan Iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang yang baik dalam kalangan wanita Iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti menenun dan membuat anyaman. Selain itu, beliau bukan sahaja terkenal dengan kecantikan tetapi beliau mempunyai sikap baik hati kepada orang lain. Pakaian tradisional wanita Iban juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
Sugu Tinggi
Marek Empang/ Tangu
Lampit
Rawai
Baju Burung merupakan pakaian tradisi lelaki suku kaum Iban. Asal usul baju burung dipercayai digunakan oleh lelaki Iban yang gagah dan berani. Lelaki yang menggunakan pakaian ini akan dipanggil ‘Keling’. Keling adalah lambang kepada kaum Iban yang membawa maksud seorang lelaki yang gagah dan kacak. Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua jenis iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
Kebiasaannya dipakai semasa perayaan biasa sahaja.
Digunakan semasa menyambut kedatangan tetamu atau tarian ngajat.
Baju ini ditenun menggunakan cara ‘sungkit’ dan hasilnya halus.
Diperbuat daripada kulit haiwan.
Dipakai oleh orang yang nak berperang, orang yang kuat, berani serta orang yang terkenal.
Kini, dipakai ketika perayaan gawai dan majlis besar-besaran.