TARIAN
Masyarakat Iban sangat amat terkenal dengan tarian Ngajat. Bagi orang Iban tarian Ngajat sering diperagakan semasa menyambut Hari Gawai dan selepas musim menuai. Tarian Ngajat ini turut diperagakan sebelum pergi berperang. Pada zaman dahulu, tarian ini pula ditarikan selepas kembali dari berperang.
ALATAN MUZIK
Kepelbagaian alatan muzik juga merupakan keunikan bagi masyarakat Iban. Antaranya ialah sape, tawak, bebendai, engkromong dan ketebung. Biasanya alatan ini sering dimainkan semasa keramaian terutamanya pada sambutan Hari Gawai. Alatan muzik ini juga bebas untuk dimainkan pada bila-bila masa dan tidak tergantung pada situasi yang tertentu sahaja.
TAWAK
BEBENDAI
ENGKROMONG
KETEBUNG
Akhir sekali,ini adalah alat muzik yang sangat berkait rapat dengan masyarakat Iban iaitu sape. Alat ini telah menjadi identiti masyarakat Iban. Alatan ini bukan sahaja terkenal di mata masyarakat tempatan,malahan orang luar juga amat mengagumi sape ini.