Bengkel Urban Farming
link untuk pendaftaran: forms.gle/MeWK24EJsvPLaWse7
1.0 PENDAHULUAN
Bengkel Urban Farming 2023 merupakan satu usaha sama antara MBSP, GREW dan UPSI dalam memberi latihan pertanian bandar kepada pendidik-pendidik di sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang khususnya dalam teknik hidroponik, teknik fertigasi dan teknik campuran tanah. Konsep ‘Urban Farming’ ini adalah bagi meningkatkan jaminan keselamatan bekalan makanan (Food Security) dan kepelbagaian makanan (food variety) di dalam sesebuah bandar amnya dan sekolah khususnya. Program ini akan diadakan secara percuma kepada 20 peserta bengkel dan diinisiatifkan oleh Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Memperkenalkan konsep ‘urban farming’ sebagai salah satu elemen pembangunan mampan kepada pendidik supaya mereka dapat melibatkan diri dalam usaha menjadikan sekolah-sekolah di Pulau Pinang sebagai satu kawasan bandaraya yang mampan.
Memberi pengetahuan kepada pendidik tentang kaedah tanaman secara Akuaponik, fertigasi dan teknik campuran tanah supaya mereka boleh juga menerapkan kaedah kebun akuaponik ini di kawasan sekolah.
Memberi pendedahan kepada pendidik tentang potensi pertanian bandar melalui inovasi teknologi.
Mewujudkan serta meningkatkan peranan dan hubungan sosial di antara pendidik di sekolah-sekolah dan Pihak autoriti setempat melalui program aktiviti pertanian bandar ‘Urban Farming’.
3.0 PESERTA / KUMPULAN SASAR
Cadangan program ini akan melibatkan seramai 20 pendidik sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang.
4.0 Butiran PROGRAM
Bengkel Urban Farming
Tarikh
13 Mei 2023 (Sabtu)
Lokasi
PUSAT PENDIDIKAN HIJAU PADANG CHEMPEDAK,TASEK GELUGOR
Masa
8 am - 11.30 am
Sasaran
20 pendidik sekolah rendah dan menengah