Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMadJiwa) telah merangka pertandingan yang menerapkan elemen Teknologi Hijau dan Biodiversiti bagi peringkat kebangsaan kepada golongan murid sekolah, sekolah menengah dan sekolah rendah.
Terdapat lapan (8) kategori pertandingan bagi sekolah menengah dan sekolah rendah yang telah dibangunkan dan digubal dengan usahasama sekretariat CETREE bersama pegawai-pegawai daripada JPNK, YHM dan guru-guru yang berpengalaman dari SmadJ dan guru-guru terpilih lain di Negeri Kedah. Antara pertandingan yang telah dibangunkan adalah:
MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL TEKNOLOGI HIJAU
STEM-BIODIVERSITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Kesemua kategori pertandingan ini dipertandingkan dalam satu festival yang dikenali sebagai Festival Teknologi Hijau dan STEM-Biodiversiti Secara Dalam Talian Peringkat Kebangsaan. Setiap kategori pertandingan yang dibangunkan mempunyai elemen Teknologi Hijau yang merangkumi satu atau lebih sektor Teknologi Hijau seperti Sektor Bekalan Tenaga, Sektor Bangunan, Sektor Air dan Pengurusan Sisa dan Sektor Pengangkutan termasuk juga kategori di bawah Biodiversiti yang memberi fokus kepada bidang perhutanan, hidupan liar dan tenaga lestari.
Garis masa Festival Teknologi Hijau dan STEM-Biodiversiti Secara Dalam Talian Peringkat Kebangsaan