Sehubungan dengan itu, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SmadJ) telah merangka pertandingan yang menerapkan elemen Teknologi Hijau dan Biodiversiti bagi peringkat kebangsaan kepada golongan murid sekolah sekolah menengah dan sekolah rendah.
Terdapat lapan (8) kategori pertandingan bagi sekolah menengah dan sekolah rendah yang telah dibangunkan dan digubal dengan usahasama sekretariat CETREE bersama pegawai-pegawai daripada JPNK, YHM dan guru-guru yang berpengalaman dari SmadJ dan guru-guru terpilih lain di Negeri Kedah. Antara pertandingan yang telah dibangunkan adalah:
Sekolah Menengah
Inovasi Teknologi Hijau
Gamifikasi Teknologi Hijau
Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau
Kuiz Teknologi Hijau
Kuiz STEM-Biodiversiti
Sekolah Rendah
Inovasi Teknologi Hijau
Gamifikasi Teknologi Hijau
Kuiz Kecekapan Tenaga
Kesemua kategori pertandingan ini dipertandingkan dalam satu festival yang dikenali sebagai Festival Teknologi Hijau dan STEM-Biodiversiti Secara Dalam Talian Peringkat Kebangsaan. Setiap kategori pertandingan yang dibangunkan mempunyai elemen Teknologi Hijau yang merangkumi satu atau lebih sektor Teknologi Hijau seperti Sektor Bekalan Tenaga, Sektor Bangunan, Sektor Air dan Pengurusan Sisa dan Sektor Pengangkutan termasuk juga kategori di bawah Biodiversiti yang memberi fokus kepada bidang perhutanan, hidupan liar dan tenaga lestari.
TEKNOLOGI HIJAU
Memberi kesedaran dalam kalangan murid, guru dan masyarakat umum mengenai kepentingan pengetahuan tentang Teknologi Hijau dan kesan kepada kehidupan.
Mencetus budaya reka cipta dan inovasi berunsurkan Teknologi Hijau.
Menggilap minat murid ke arah bidang kejuruteraan, arkitek dan seni bina berasaskan Teknologi Hijau.
Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan konsep sains dan teknologi dalam kalangan murid.
Menyediakan aktiviti merentas kurikulum dengan penggabungjalinan di bidang Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual dan ICT.
Mengembangkan bakat dan potensi murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Meningkatkan daya kreativiti, keyakinan diri, sikap berdaya saing dan cuba jaya.
Memupuk sikap positif seperti berkomunikasi, kerjasama dan bertolak ansur dalam berpasukan.
BIODIVERSITI
Memberi kesedaran dalam kalangan murid, guru dan masyarakat umum mengenai kepentingan pengetahuan tentang Biodiversiti dan kesan kepada kehidupan.
Menerapkan ilmu Biodiversiti dalam kalangan murid khususnya dari segi kemandirian manusia sejagat, faedah ekosistem, sumber makanan, sumber perubatan, sumber biologi dan penstabilan cuaca/iklim.
Memberi kesedaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan saintifik murid dalam kepentingan Biodiversiti.
Membuka minat murid dalam kajian, penyelidikan dan pembangunan (R&D), bagi bidang Biodiversiti.
Meningkatkan nilai-nilai pendidikan, sosial, budaya dan estetik murid.
Mengembangkan kreativiti, keyakinan diri dan sikap berdaya saing dalam diri murid.
Memupuk sikap positif murid seperti berkomunikasi, bertolak ansur dan bekerjasama dalam berpasukan.
KEPENTINGAN FESTIVAL TEKNOLOGI HIJAU & STEM-BIODIVERSITI SECARA DALAM TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Pelaksanaan Festival Teknologi Hijau & STEM-Biodiversiti Secara Dalam Talian Peringkat Kebangsaan adalah merupakan salah satu aktiviti yang akan menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (Biodiversiti) di Malaysia. Melalui aktiviti pertandingan secara dalam talian yang berkaitan Teknologi Hijau seterusnya dapat meningkatkan kapisiti sumber manusia yang terlatih bagi memenuhi industri Teknologi Hijau dan berkeusahawanan pada masa akan datang. Manakala ilmu dalam Biodiversiti yang didapati melalui aktiviti pertandingan ini pula bukan sahaja dapat menyedarkan murid mengenai keseimbangan alam sekitar malah ia juga dapat mengekalkan khazanah alam untuk dinikmati bagi generasi akan datang.
Selain itu, aktiviti pertandingan ini juga boleh menjadi satu elemen promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui pertandingan komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam secara efektif dalam aplikasi Teknologi Hijau dan Biodiversiti. Kesimpulannya, pelaksanaan program ini adalah satu langkah yang positif dan diharap dapat menjadi satu anjakan paradigma untuk memastikan pengurusan tenaga yang mampan dengan adanya pengetahuan dan ilmu serta amalan dalam Teknologi Hijau dan Biodiversiti. Bagi memastikan kelestarian kehidupan dan kemampanan serta daya pembangunan melalui Teknologi Hijau dan Biodiversiti, kerjasama dan perkongsian tanggungjawab semua lapisan masyarakat adalah amat penting.