Jom tonton video berikut
https://docs.google.com/presentation/d/1v-esEJfQ1791d-etIabrHniU6TNEydfeO7FXNSUpN78/edit?usp=sharing
Objektif Tajuk/Hasil pembelajaran:
Dapat menjelaskan apakah itu STEM HIJAU dan kepentingannya
Jangka masa:
10 minit
Pengenalan:
Apakah itu STEM HIJAU?
STEM HIJAU ialah penggabungjalinan antara ilmu pengetahuan STEM tradisional dan pendidikan berasaskan alam sekitar, di mana matapelajaran berasaskan alam sekitar disepadukan ke dalam kurikulum sekolah. Ringkasnya, ia adalah aktiviti berasaskan tindakan yang digabungjalinkan dalam kurikulum alam sekitar
Mengapa STEM HIJAU?(Kepentingan Green Stem)
STEM HIJAU dapat membantu pendidik memanfaatkan minat pelajar untuk berhubung dengan alam semula jadi yang ada di sekeliling mereka dan membina keinginan mereka untuk melibatkan diri dalam disiplin STEM. Ia membantu pelajar untuk memangkin kreativiti dan inovasi dalam penyelesaian masalah melalui pendidikan yang berteraskan alam semula jadi yang berasaskan pengalaman serta cara bagaimana pelajar boleh menggunakan kemahiran STEM mereka untuk menyelesaikan isu dunia sebenar yang berkaitan dengan alam sekitar dalam komuniti mereka sendiri.
STEM HIJAU akan menggalakkan transformasi yang mendalam dalam pemikiran serta cara hidup masyarakat, infrastruktur dan cara penghasilan produk. Ia akan membolehkan setiap pelajar mengkaji semula bagaimana masyarakat menghasilkan dan mengagihkan tenaga dan makanan; reka bentuk sistem pengangkutan; perumahan dan produk pengguna; menguruskan sisa; melindungi habitat hidupan liar; dan bagaimana ia berkaitan dengan alam semula jadi (National Wildlife Federation & NYC Eco-Schools Green STEM Advisory Board, 2015).
Aktiviti GREEN STEM menggalakkan pelajar untuk berfikiran seperti seorang ahli sains di mana mereka perlu bertanya soalan, membuat teori, membuat hipotesis, meramal, mengumpul data, menguji, mencapai kesimpulan, dan berkongsi penemuan mereka. Aktiviti STEM HIJAU dirancang dan dilaksanakan dengan cara yang membolehkan pelajar mengembangkan minda mereka yang akan menggalakkan mereka mencari jawapan kepada cabaran alam sekitar dan akhirnya bagaimana mereka boleh membersihkan alam sekitar .
Tugasan:
Jelaskan sejauh manakah aktiviti berunsur STEM HIJAU dapat menyelamatkan bumi daripada masalah kepupusan tumbuhan dan haiwan.
Sila upload jawapan anda di sini:
https://forms.gle/4VKFB8EfvDJ15kbTA
Senarai rujukan
https://www.nwf.org/Eco-Schools-USA/Resources/Curriculum/Green-STEM