AKTIVITI 3: BAKUL SAMPAH MESRA ALAM DARI BOTOL MINUMAN TERPAKAI
Objektif:
- Membudayakan Proses Rekabentuk Kejuruteraan (Engineering Design process - EDP) melalui aplikasi STEM HIJAU
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam penyelesaian masalah secara kreatif
- Mengaplikasikan pengetahuan disiplin STEM dan STEM HIJAU dalam menyelesaikan masalah yang dikenal pasti
Jangka Masa Aktiviti 3: 90 Minit
Strategi STEM Hijau yang diintegrasikan dalam aktiviti ini:
- Bahan-bahan yang yang digunakan adalah bahan yang boleh dikitar semula.
- Produk yang dihasilkan akan dapat menyelesaikan masalah pembuangan sampah yang berlebihan.
- Memberi kesedaran kepada pengguna untuk melestarikan alam.
Proses rekabentuk kejuruteraan (EDP) digunakan semasa menjalankan penyiasatan bagi projek menghasilkan Bakul Sampah Mesra Alam dari botol minuman terpakai untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif serta memperkenalkan disiplin kejuruteraan melalui fasa berikut:
· Tanya (Ask) : Mengenal pasti komponen yang digunakan untuk menghasilkan Bakul Sampah Mesra Alam
· Bayangkan (Imagine) : Memikirkan jalan penyelesaian dengan komponen-komponen/bahan yang membantu untuk menghasilkan Bakul Sampah Mesra Alam
· Merancang (Plan) : Menyenaraikan komponen yang digunakan untuk projek menghasilkan Bakul Sampah Mesra Alam
· Hasilkan (Create) : Melaksanakan projek dan menguji kestabilan dan kekuatan Bakul Sampah Mesra Alam
· Penambahbaikan (Improve): Apa bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan Bakul Sampah Mesra Alam? Ubah suai Bakul Sampah Mesra Alam yang dihasilkan untuk menjadikan lebih berfungsi. Uji produk
Tugasan perlu disiapkan dalam setiap sub bahagian Aktiviti 3.