AKTIVITI 1
Pemegang Telefon Bimbit (Mobile phone Holder)
Pemegang Telefon Bimbit (Mobile phone Holder)
Pengenalan:
Perhatikan sekeliling anda. Apakah objek yang anda nampak? Kebanyakan objek, sama ada besar atau kecil, direka bentuk oleh jurutera. Pemegang telefon bimbit merupakan satu produk kejuruteraan yang nampak mudah, tetapi banyak pemikiran telah dicurahkan dalam reka bentuknya.
Objektif :
Aktiviti ini bertujuan melibatkan murid dalam satu reka bentuk produk yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran keempat-empat bidang Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan. Murid dikehendaki mereka bentuk dan membina sebuah pemegang telefon bimbit dengan menggunakan bahan kitar semula. Pemegang telefon bimbit tersebut seharusnya tahan, stabil dan mesra pengguna. Secara khusus, objektif aktiviti adalah seperti berikut:
1. Matematik: Murid dapat mengaplikasi konsep ukuran dan sudut untuk menghasilkan pemegang telefon bimbit yang stabil.
2. Sains: Murid dapat mengaplikasi pengetahuan tentang kestabilan dan ketahanan bahan dalam penghasilan pemegang telefon bimbit.
3. Teknologi: Murid dapat menghasilkan pemegang telefon bimbit yang praktikal.
4. Kejuruteraan: Murid dapat mengaplikasi proses reka bentuk kejuruteraan semasa penghasilan pemegang telefon bimbit.
Jangka masa: 30 minit