Pada akhir aktiviti ini, murid dapat :
memupuk minat murid dalam STEM, khususnya integrasi mata pelajaran Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi melalui pembinaan Marble Maze.
memupuk nilai kitar semula dengan mengguna pakai bahan-bahan buangan.
berfikir secara kreatif dan kritis melalui pembinaan bahan permainan (Marble Maze) .
menguji keberkesanaan produk (Marble Maze) yang telah dihasilkan.
mengaplikasikan pembelajaran Matematik (topik ukuran dan sudut), Kejuruteraan (pembinaan) dan Teknologi (mencari maklumat melalui laman sesawang) dalam membina Marble Maze.