🤸KEMAHIRAN HAMBURAN🤸
Kemahiran hamburan melibatkan pergerakan melompat menggunakan kekuatan tangan dan kaki untuk menolak badan ke udara, biasanya dilakukan dari ketinggian ke permukaan yang lebih rendah. Dalam gimnastik asas, hamburan memberi fokus kepada teknik pendaratan yang selamat dan tepat, sambil membina kekuatan otot serta kecekapan pergerakan (Hay, 1993).
Posisi Permulaan:
Berdiri di atas platform atau blok gimnastik pada aras tinggi.
Kedua-dua kaki rapat dan tangan di sisi atau diangkat ke hadapan.
Melompat ke Aras Rendah:
Lakukan tolakan kuat dengan kedua-dua kaki dari platform atau blok.
Melompat ke hadapan dengan pendaratan di aras yang lebih rendah.
Pendaratan:
Semasa melompat, bengkokkan sedikit lutut untuk persediaan pendaratan.
Pendaratan dilakukan dengan kedua-dua kaki rapat dan lutut dibengkokkan untuk menyerap hentakan.
Pastikan tangan dihadapan untuk membantu keseimbangan.
Kembali ke Posisi Berdiri:
Selepas pendaratan yang stabil, luruskan badan dan kembali ke posisi berdiri.
Posisi Permulaan:
Berdiri di hadapan platform atau blok gimnastik pada aras yang lebih tinggi.
Kedua-dua kaki rapat dan tangan di sisi atau di hadapan untuk membantu tolakan.
Melompat ke Aras Tinggi:
Mulakan dengan tolakan kuat dari kedua-dua kaki untuk melonjak ke atas.
Bawa lutut ke dada sambil melonjak untuk mendapatkan ketinggian yang mencukupi.
Mendarat di Aras Tinggi:
Mendarat di atas platform atau blok dengan kedua-dua kaki bersama.
Pastikan lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap hentakan.
Posisi Akhir:
Selepas pendaratan yang stabil, luruskan badan dan berdiri tegak di atas platform atau blok.
RUJUKAN
Hay, J. G. (1993). The Biomechanics of Sports Techniques. Prentice Hall.