TERM & DEFINITION - FORCE & MOTION
ISTILAH DAN DEFINISI - DAYA & GERAKAN
ISTILAH DAN DEFINISI - DAYA & GERAKAN
Panjang
Lintasan yang dilalui oleh pergerakan suatu objek
Sesaran
Jarak terpendek antara kedudukan awal dengan kedudukan akhir pergerakan suatu objek pada satu arah tertentu.
Laju
kadar perubahan jarak
Halaju
kadar perubahan sesaran
Pecutan
kadar perubahan halaju
Gerakan jatuh bebas
Pergerakan objek yang dipengaruhi oleh daya graviti sahaja.
Pecutan graviti
Pecutan objek yang jatuh bebas disebabkan oleh daya tarikan graviti.
Inersia
Kecenderungan suatu objek untuk kekal dalam keadaan asalnya, sama ada pegun atau bergerak dalam garisan lurus dengan halaju malar.
Hukum Gerakan Newton Pertama
Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan pegun atau bergerak dengan halaju malar jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.
Momentum
Hasil darab jisim dan halaju suatu objek yang bergerak
Prinsip Keabadian Momentum
Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran jika tiada sebarang daya luar bertindak.
Daya
Kadar perubahan momentum yang bertindak pada suatu objek dalam arah perubahan momentum objek itu
Hukum Gerakan Newton Kedua
Kadar perubahan momentum berkadar terus dengan daya dan bertindak pada arah tindakan daya.
Impuls
perubahan momentum
Daya impuls
Kadar perubahan momentum dalam perlanggaran atau hentaman dalam masa yang singkat.
Hukum Gerakan Newton Ketiga
Untuk setiap daya tindakan terdapat satu daya tindak balas yang sama magnitud tetapi bertentangan arah.