EXPLAINING QUESTIONS COLLECTIONS
KOLEKSI SOALAN - SOALAN BERBENTUK PENERANGAN
KOLEKSI SOALAN - SOALAN BERBENTUK PENERANGAN
1. Untuk memecut dua objek dengan pecutan yang sama, objek yang lebih berat memerlukan daya yang lebih besar. Terangkan kenyataan itu.
Jisim besar, inersia besar.
Inersia adalah sifat suatu objek yang menentang perubahan dalam arah gerakannya.
Jika ia berada dalam keadaan rehat, ia cenderung untuk berhenti, jika bergerak ia cenderung untuk terus bergerak.
Untuk memecut objek, inersia objek perlu diatasi terlebih dahulu.
Oleh itu, lebih banyak daya diperlukan untuk memecut objek yang lebih berat.
2. Bolehkah anda jelaskan mengapa penumpang bas terhumban ke hadapan apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kepala penumpang kereta tersandar kebelakang apabila kereta mula bergerak?
Apabila bas bergerak, penumpang juga bergerak pada kelajuan yang sama seperti bas.
Apabila bas berhenti, penumpang terus bergerak. Oleh sebab itu, mereka terhumban ke hadapan.
Penumpang kereta cuba untuk kekal dalam keadaan pegun apabila kereta mula bergerak. Jadi, kepala mereka tersandar ke belakang.
Dalam kedua-dua situasi, penumpang telah menentang perubahan gerakan mereka yang dikenali sebagai inersia.
Konsep inersia juga dikenali sebagai Hukum Newton Pertama mengenai gerakan, yang menyatakan bahawa "sesuatu objek akan kekal dalam keadaan rehat atau terus dengan kelajuan yang tetap dalam garis lurus melainkan jika suatu daya luar yang bertindak ke atasnya.”
3. Bolehkah anda jelaskan mengapa kapal tangki dengan kelajuan maksimum perlu menghentikan enjinnya dari jarak kira-kira 3 km sebelum sampai dan berhenti?
Satu kapal tangki dalam keadaan bergerak dan mempunyai halaju maksimum.
Kapal tangki mempunyai jisim yang besar.
Jisim yang besar mempunyai inersia yang besar.
Apabila enjin berhenti, kapal tangki akan terus bergerak.
Oleh itu, ia mengambil jarak / masa yang lebih lama untuk berhenti kerana mempunyai inersia yang besar.
4. Terangkan mengapa pemain sofbol menggerakkan tangannya ke belakang semasa menangkap bola yang bergerak laju. Keadaan lain: selepas melompat kita membengkokkan lutut semasa kaki mencecah lantai?
Bola sofbol mempunyai halaju yang tinggi.
Bola sofbol mempunyai momentum yang tinggi.
Pemain sofbol menggerakkan tangannya ke belakang untuk meningkatkan masa perlanggaran.
Lebih tinggi masa perlanggaran akan mengurangkan daya impuls.
Oleh itu, pemain sofbol tidak akan merasa sakit.
5. Menggunakan prinsip keabadian momentum, terangkan prinsip kerja roket.
Bahan api terbakar di kebuk pembakaran.
Gas panas dikeluarkan pada kelajuan tinggi ke belakang.
Momentum ke belakang yang besar dihasilkan.
Momentum ke hadapan roket bertambah sama dengan magnitud ke belakang.
6. Bola bowling dan bola tenis dijatuhkan dari satu ketinggian. Bola manakah yang mula-mula sampai?
Walaupun daya graviti adalah lebih besar pada jasad yang lebih berat (berat jasad), daya juga bertindak ke atas jisim yang lebih besar.
Jisim lebih besar bermakna inersia yang lebih besar.
Oleh itu nisbah daya graviti dengan jisim adalah sama untuk setiap objek dalam jatuh bebas.
Keputusannya adalah semua jasad mengalami pecutan sama semasa jatuh bebas.
Jadi, bola bowling dan bola tenis sampai pada masa yang sama.
7. Terangkan mengapa bot itu bergerak menjauhi jeti apabila budak lelaki melompat keluar dari bot ke tebing sungai.
Apabila budak lelaki itu melompat ke tebing sungai, arah momentum budak itu ke hadapan.
Menggunakan Prinsip Keabadian Momentum.
Jumlah momentum sebelum dan selepas melompat adalah sama.
Bot itu bergerak ke belakang untuk mengimbangi momentum ke hadapan
8. Terangkan mengapa struktur keluli dan ruang berasingan perlu dibina bagi lori yang membawa beban yang berat.
Inersia lori dan beban adalah sangat besar semasa ia bergerak.
Ruang berasingan membolehkan beban dibahagi kepada jisim yang lebih kecil, dengan itu mengurangkan inersia setiap unit.
Momentum lori dan beban adalah sangat besar apabila ia bergerak dan menghasilkan daya impuls yang juga besar.
Struktur keluli akan menghalang beban dari menghentam ruang pemandu semasa brek kecemasan.
9. Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, terangkan cara-cara untuk menggunakan daya impuls.
Kayu hoki diperbuat daripada kayu yang keras untuk memendekkan masa sentuhan kayu dengan bola.
Penghentam cerucuk diperbuat daripada aloi besi yang kuat dan dilepaskan dengan sangat laju bagi memendekkan masa hentaman sekaligus meningkatkan daya impuls.
Alu lesung batu diperbuat daripada batu yang keras untuk memendekan masa sentuhan antara alu lesung dan bahan yang ditumbuk.
Kepala penukul di buat daripada besi yang keras untuk memendekan masa sentuhan antara tukul dan paku
10. Apabila satu cawan kaca jatuh ke atas lantai konkrit, ia akan pecah. Namun begitu, apabila cawan kaca itu jatuh ke atas permaidani dari ketinggian yang sama, ia tidak pecah. Terangkan mengapa.
Objek yang jatuh pada permukaan yang keras pada lantai konkrit mengakibatkan masa pelanggaran singkat.
Ini menyebabkan daya impuls yang terhasil cukup besar untuk memecahkan cawan tersebut.
Permukaan yang lembut pada karpet mengakibatkan masa pelanggaran lebih lama.
Ini menyebabkan daya impuls yang terhasil lebih rendah dan cawan itu tidak pecah
11. Dengan menggunakan konsep momentum dan inersia,terangkan mengapa had laju dan had muatan mesti dikenakan ke atas kenderaan berat.
Objek dengan jisim yang besar mempunyai inersia yang lebih besar. Adalah tidak mudah untuk menghentikan lori yang sedang bergerak dengan muatan berat.
Muatan itu boleh bergerak ke depan dan melanggar kabin pemandu ketika lori itu dihentikan secara mendadak.
Semakin besar halaju, semakin besar momentum.
Adalah lebih susah untuk menghentikan sebuah objek besar yang bergerak dengan halaju yang tinggi.
12. Rajah berikut menunjukkan kepingan kayu yang dipecahkan dengan tumbukan daripada seorang atlit Taekwondo.
Terangkan bagaimanakah atlit Taekwondo itu mengaplikasikan konsep fizik dalam menghasilkan kesan seperti itu.
Tangan atlit digerakkan dengan pantas.
Tumbukan yang terkena pada permukaan kayu yang keras dihentikan dalam masa yang singkat.
Kadar perubahan momentum yang besar dialami oleh kayu dengan tangan.
Daya impuls yang besar dijana menyebabkan kepingan kayu itu dipecahkan
13. Apabila bola di sebelah kiri buaian Newton ditarik ke sisi (Rajah 2.1) dan dilepaskan jatuh, bola pada hujung sebelah kanan akan berayun dengan kelajuan yang sama seperti bola pertama (Rajah 2.2)
Terangkan dari segi momentum dan pemindahan tenaga, mengapa bola pada hujung yang berlawanan berayun.
Apabila bola pada satu hujung ditarik ke atas dan biarkan jatuh, ia menyentuh bola kedua yang berada dalam keadaan rehat dan terus berhenti.
Momentum bola menjadi sifar kerana halajunya ialah sifar.
Prinsip Keabadian Momentum menyatakan bahawa dalam perlanggaran di antara dua objek jumlah momentum objek di dalam sistem tidak berubah.
Tenaga dan momentum dari bola yang pertama dipindahkan kepada bola kedua dan kemudian dihantar melalui bola rehat ke bola pada hujung yang lain.
Oleh kerana momentum dan tenaga dikekalkan dalam sistem ini, bola di hujung akan bergerak pada kelajuan yang sama dengan bola dalam gerakan awal.