SELF- PRACTICE
LATIHAN KENDIRI
LATIHAN KENDIRI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan jatuh bebas?
Suatu objek dikatakan mengalami gerakan jatuh bebas jika pergerakan objek itu dipengaruhi oleh daya graviti sahaja. # buku teks m/s 46
2. Apakah yang dimaksudkan dengan pecutan graviti?
Pecutan objek yang jatuh bebas disebabkan oleh daya tarikan graviti dinamakan pecutan graviti, g. # buku teks m/s 47
3. Di permukaan bumi berapakah nilai pecutan graviti?
Nilai purata bagi pecutan graviti Bumi ialah 9.81 ms-2 # buku teks m/s 47
4. Apakah yang dimaksudkan dengan ruang vakum?
Ruang yang tidak mengandungi jirim
5. Rajah diatas menunjukkan duit syiling dan bulu ayam dibiarkan jatuh bebas didalam ruang vakum. Jelaskan apa yang akan berlaku didalam selinder tersebut.
Kedua-dua duit syiling dan bulu ayam akan jatuh ke permukaan pada masa yang sama
1. Nyatakan Takrifan Konsep Inersia atau Hukum Newton Pertama.
Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan pegun atau bergerak dengan halaju malar jika tiada daya luar bertindak ke atasnya.
# buku teks m/s 52
2. Berikan contoh bagaimana kesan inersia di gunakan dalam kehidupan seharian.
Titisan air hujan pada payung dalam keadaan bergerak apabila payung diputarkan. Apabila payung berhenti berputar, inersia titisan-titisan air hujan akan menyebabkan titisan air terus bergerak dan meninggalkan permukaan payung.
Sos cili atau sos tomato di dalam botol kaca boleh mengalir keluar dengan mengerak-gerakkan botol dengan cepat ke bawah dan menghentikannya secara tiba-tiba. Apabila gerakan botol dihentikan, inersia sos menyebabkannya terus bergerak ke bawah dan mengalir keluar dari botol.
3. Nyatakan contoh ciri -ciri keselamatan yang ada pada kenderaan masa kini bagi menentang kesan negatif inersia.
Lori tangki minyak petrol mempunyai inersia yang besar. Lori tangki minyak petrol sebenarnya mempunyai tangki minyak yang terbahagi kepada beberapa bahagian berasingan di dalamnya. Tangki yang berasingan dapat mengurangkan impak inersia minyak petrol ke atas dinding tangki jika lori itu berhenti secara mendadak.
Apabila brek kereta ditekan secara mengejut, pemandu dan penumpang di dalam kereta akan terhumban ke hadapan akibat inersia. Penggunaan tali pinggang keledar dapat mengelakkan mereka daripada terhumban ke hadapan dan tercedera.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan momentum.
Hasil darab jisim dan halaju suatu objek yang bergerak.
2. Sebuah kereta berjisim 2000 kg bergerak dengan halaju 0.001 m/s. Berapakah momentum kereta itu?
Momentum kereta = 2000 kg × 0.001 m/s
= 2 kg m/s
= 2 N s
3. Sebutir peluru berjisim 10 g bergerak dengan halaju 200 m/s. Berapakah momentum peluru itu?
10g = 0.01 kg
Momentum peluru = 0.01 kg × 200 m/s
= 2 kg m/s
= 2 N s
4. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip keabadian momentum?
Prinsip Keabadian Momentum menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran jika tiada sebarang daya luar bertindak.
5. Nyatakan contoh bagaimana prinsip keabadian momentum digunapakai dalam kehidupan seharian atau teknologi masa kini
Dalam pelancaran roket, gas panas yang dipancut keluar daripada roket ke bawah dengan suatu halaju yang tinggi akan memberikan roket tersebut suatu momentum yang sama magnitud pada arah bertentangan. Hal ini akan menghasilkan satu daya tolakan yang kuat yang akan menolak roket ke atas.
Enjin jet kapal terbang juga menggunakan prinsip keabadian momentum. Gas panas berhalaju tinggi dikeluarkan ke belakang dengan momentum yang tinggi. Ini menghasilkan satu momentum yang sama magnitud tetapi bertentangan arah yang menghasilkan daya tujah ke hadapan.