Kategori: Individu 

Terbuka kepada: Sekolah Rendah (10 - 12 tahun) & Sekolah Menengah (13 - 17 tahun)

Hantar hasil kerja Pelan Kewangan untuk dapatkan sijil Penyertaan anda.

Ikuti 2 modul dalam kursus ini untuk dapatkan panduan dan nota lengkap bagi membantu anda melengkapkan Pelan Kewangan anda. 

Anda perlu lengkapkan 3 bahagian pada Pelan Kewangan yang disediakan:

Bahagian A. Matlamat dan Pengalaman Kewangan.

Bahagian B. Rancangan Kewangan (ini termasuk pelan simpanan, pelan perlindungan dan pelan pelaburan)

Bahagian C. Refleksi.

[Sijil & Lencana DELIMa] Murid yang menjawab kuiz Kategori 1 Asas Kewangan akan menerima Sijil Kuiz & lencana DELIMa. 

[Layak sertai pertandingan] Murid yang menghantar hasil kerja (Pelan Kewangan) akan dinilai dan berpeluang terpilih sebagai ahli Student Council ke Fun (d) for Life Conference (2024).

🙋🏽Perlukan panduan tambahan? Klik untuk daftar dan hadirkan diri ke bengkel dalam talian bersama Coach dari Fun(d) for Life.

Klik pada modul di bawah untuk melihat senarai penuh topik yang disediakan di dalam kursus ini:

Modul 1 Topik 1: Duit, oh Duit

Ketahui kepentingan duit dalam kehidupan seharian.

Modul 1 Topik 2: Jejak

Pelajari cara untuk merekod perbelanjaan.

Modul 1 Topik 3: Simpan

Ketahui kepentingan menyimpan dan cara-cara menyimpan duit.

Modul 1 Topik 4: Risiko dan Perlindungan

Ketahui risiko kehidupan yang ada dan cara perlindungan.

Modul 1 Topik 5: Perbelanjaan

Belajar cara untuk berbelanja secara berhemah.

Modul 1 Topik 6: Pendapatan

Ketahui sumber-sumber pendapatan yang berbeza.

Modul 1 Topik 7: Pelaburan

Memahami konsep melabur dan bagaimana untuk mulakan perjalanan pelaburan anda.

Modul 1 Topik 8: Menderma

Memahami kepentingan menderma untuk diri dan masyarakat.

Modul 2 Topik 1: Kepentingan matlamat kewangan

Memahami kepentingan mempunyai matlamat kewangan.

M2 Topik 2: Perkara yang anda suka

Aktiviti untuk menerokai perkara yang anda suka.

M2 Topik 3: Bakat dan kemahiran anda

Aktiviti untuk menerokai bakat dan kemahiran sedia ada atau yang diinginkan.

M2 Topik 4: Perkara yang dunia perlukan

Aktiviti untuk menerokai perkara yang anda rasa dunia perlukan atau perkara yang diperlukan oleh orang lain.

M2 Topik 5: Perkara yang boleh menjana wang

Aktiviti untuk menerokai perkara yang anda boleh lakukan untuk menjana duit.

M2 Topik 6: Mencorak matlamat kewangan

Aktiviti untuk mencipta matlamat kewangan sendiri berdasarkan aktiviti penerokaan yang telah dilakukan.

M2 Topik 7: Kos matlamat kewangan

Aktiviti untuk mengenalpasti jumlah kos matlamat kewangan yang telah ditetapkan.

M2 Topik 8: Strategi mencapai matlamat

Ketahui strategi-strategi yang diperlukan untuk mencapai matlamat.

M2 Topik 9: Refleksi

Aktiviti untuk mengimbas kembali kepada cara pemikiran dan tindakan yang boleh diambil untuk mencapai matlamat.

🙋🏽Inginkan panduan tambahan? Klik untuk daftar dan hadirkan diri ke bengkel dalam talian bersama Coach dari Fun(d) for Life.