Kini anda telah menyenaraikan jawapan kepada empat (4) soalan yang penting!

❤️ Perkara yang anda suka.

💪🏽 Bakat dan kemahiran anda. 

🌏 Perkara yang dunia perlukan/ perkara yang diperlukan oleh orang lain.

💰 Perkara yang boleh anda boleh lakukan untuk menjana wang.

Anda telah menjawab empat (4) soalan ini kerana ia akan membantu anda mencorak satu matlamat. Dengan adanya matlamat ini, ia akan membuatkan kehidupan anda lebih bermakna kerana kini anda mempunyai tujuan yang jelas.

Klik untuk lihat contoh pencarian matlamat.

1. Senaraikan seberapa banyak perkara untuk setiap 4 pekara berikut

2. Kenalpasti dan highlight perkara yang mempunyai persamaan atau hubungan yang kuat.

3. Kenalpasti satu perkara yang memberikan anda motivasi dan semangat tertinggi untuk dijadikan matlamat anda.

⚠️ INGAT! Matlamat hidup mungkin akan berubah semakin kita meningkat dewasa, tetapi pencarian matlamat tidak perlu dihentikan. 

📝 Aktiviti Penerokaan 5.

Mengikut contoh yang ditunjukkan, ikut langkah-langkah yang sama untuk mencari matlamat anda pula. 

Langkah 1: Senaraikan seberapa banyak perkara untuk setiap 4 perkara berikut.
(Anda telah lakukan langkah ini daripada 4 aktiviti sebelum. Anda boleh terus tambahkan kepada senarai anda.)

Langkah 2: Kenalpasti dan highlight perkara yang mempunyai persamaan atau hubungan yang kuat.

Langkah 3: Kenalpasti satu perkara yang memberikan anda motivasi dan semangat tertinggi untuk dijadikan matlamat anda.

Langkah 4: Tuliskan matlamat yang telah dikenal pasti di bahagian belakang kertas anda.

❗️Tiada jawapan betul atau salah❗️
Paling penting adalah untuk senaraikan seberapa banyak perkara yang mungkin! 

Tahniah! Anda telah berjaya kenalpasti:

❤️ Perkara yang anda suka ✅

💪🏽 Bakat dan kemahiran anda ✅

🌏 Perkara yang dunia perlukan/ perkara yang diperlukan oleh orang lain ✅

💰 Perkara yang boleh anda boleh lakukan untuk menjana wang ✅

🎯 Mencorak matlamat kewangan

Seterusnya... 

💸  Kos matlamat kewangan