Lihat video di bawah. Apa yang Mail cuba buat sebenarnya?

Mail kata dia berniaga untuk dapat keuntungan, supaya dia boleh... 

...menderma!

Menderma bermaksud memberi wang atau hadiah kepada orang lain yang lebih memerlukannya. 

Kenapa patut menderma? Tonton video ringkas di bawah 👇🏽

Apa perasaan Fizi, iaitu kanak-kanak yang menerima bantuan derma dari peniaga kedai tersebut? 

Fizi dah lama tak dapat makan bihun sebab dia orang susah. Jadi apabila dia dapat bihun dari peniaga kedai tersebut, dia gembira dan terharu sehingga mengalir air mata 😢.

Sebab itu menderma itu sangat bagus dan digalakkan kerana anda boleh memberi kepada yang memerlukan dan menggembirakan hati mereka. Apabila ramai orang di dunia ini gembira, dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik untuk kita semua 💖

Tonton video pendek dan melihat bagaimana menderma juga boleh memberi manfaat kepada diri sendiri. 

Apabila kita menderma, kita dapat memberi kegembiraaan kepada orang lain, dan kepada diri sendiri! Makin rajin menderma, makin bahagia pula ❤️

Persoalan seterusnya, nak derma berapa banyak?
Bagaimana pula kalau tak cukup duit untuk menderma?

Sebenarnya tidak kisah berapa banyak, yang penting niat dan tujuan kita adalah untuk membantu orang lain. 


Antara contoh-contoh bantuan yang boleh anda lakukan:

1. Menderma pakaian anda yang masih cantik kepada mangsa banjir

2. Membantu rakan anda yang lemah dalam pelajaran Matematik.

3. Kepada yang layak, boleh derma darah kepada tabung bank darah.

4. Menawarkan bantuan perkhidmatan secara percuma seperti memotong rumput jiran. 

5. Menawarkan diri menjadi sukarelawan dalam program kemanusiaan. 

Kongsikan pendapat anda di bawah 👇🏽

Kongsikan cara anda menderma, dan perasaan anda apabila dapat menderma atau memberi bantuan.

Bayangkan kalau semua orang di dunia saling bantu membantu 🤝, akan lebih ramai orang gembira dan makin berkurang orang yang hidup dalam kesengsaraan dan kemiskinan.