KOD ETIKA
KEGURUAN MALAYSIA

KOD ETIKA KEGURUAN

Kod Etika Keguruan merujuk kepada panduan tingkah laku guru. Ia bertujuan akan meningkatkan tahap profesionalisme guru sejurus memelihara imej dan memartabatkan profesion perguruan.

6 PRINSIP DALAM KOD ETIKA KEGURUAN

IKRAR TATASUSILA PROFESION KEGURUAN

“Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang peraya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab mebimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduanuntuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaanyang setinggi-tingginya."


PRINSIP TATASUSILA KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA