HAK ASASI
MANUSIA
APA ITU HAK ASASI MANUSIA?
Hak yang wujud untuk semua manusia tidak mengira kewarganegaraan, tempat tinggal, jantina, bangsa dan etnik, warna kulit, agama, bahasa dan status lain-lain.
Kita semua berhak mendapat hak asasi manusia tanpa sebarang diskriminasi.
Hak-hak ini saling berkait, saling bergantung dan tidak boleh dipisahkan.
SUHAKAM
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan agensi yang memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia. SUHAKAM berfungsi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4(1):
untuk menggalakkan kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berkaitan dengan hak asasi manusia
untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam menggubal undang-undang dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan penyertaan perjanjian dan instrumen antarabangsa lain dalam bidang hak asasi manusia
untuk menyiasat aduan mengenai pelanggaran hak asasi manusia.
JENIS HAK ASASI MANUSIA
HAK ASASI WANITA
HAK ASASI OKU
HAK ASASI KANAK-KANAK
HAK ASASI PENDIDIKAN
HAK ASASI WANITA
Hak Asasi Wanita termasuklah:
Hak untuk mendapat pendidikan
Hak untuk mendapat pekerjaan
Hak untuk mendapat peluang kenaikan pangkat
Hak untuk mendapat perlindungan
Hak untuk bersuara
DASAR WANITA NEGARA
Sebagai panduan dan arah haluan dalam segala pembangunan agar kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negara.
![](https://www.google.com/images/icons/product/drive-32.png)
![](https://www.google.com/images/icons/product/drive-32.png)
HAK ASASI KANAK-KANAK
KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK
Merangkumi 3 bahagian dengan jumlah perkara sebanyak 54 perkara.
Bahagian I menelusi 41 perkara yang mengandungi hak kanak-kanak termasuklah:
Peroleh kewarganegaraan
Mempunyai keluarga
Hidup dalam komuniti
Makan yang mencukupi
Bermain dan beriadah
Pendidikan
Dilindungi
Diberi bantuan
HAK ASASI OKU
Hak Asasi OKU termasuklah:
Hak pengangkutan (tempat duduk dalam pengangkutan awam, pengurangan bayaran tambang)
Hak Kemudahan Pendidikan (Program Pendidikan Khas, elaun, pembiayaan pengajian tinggi)
HAK ASASI PENDIDIKAN
Menurut UNESCO, pendidikan adalah hak asasi manusia yang berfungsi untuk menarik lelaki dan wanita daripada keluar dari kemiskinan dan ketaksamaan serta memastikan pembangunan yang berterusan. Namun begitu, terdapat 244 juta kanak-kanak dan belia di seluruh dunia masih tidak bersekolah atas sebab sosial, ekonomi dan budaya. Pendidikan adalah salah satu alat yang paling berkuasa dalam mengeluarkan kanak-kanak dan orang dewasa keluar dari tangkuk kemiskinan dan merupakan batu loncatan kepada hak asasi manusia yang lain. Ia adalah pelaburan yang paling mampu bertahan secara berterusan. Hak untuk mendapatkan pendidikan berkualiti sudah pun diimplementasikan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights ) dan instrumen undang-undang antarabangsa, yang majoritinya adalah hasil usaha UNESCO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations )
Menurut Perlembagaan Persekutuan, di Bahagian II Kebebasan Asasi Perkara 12 ada menerangkan tentang hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir--
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
(4) Bagi maksud Fasal (3), agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.